Good Luck! Kedah Menjamu Juara Hong Kong Yang Hampir Dua Bulan Tak Menang, Dan Kalah Semuanya

Kedah hari ini turun pada pusingan kelayakan untuk pusingan kedua AFC Champions League.

Hari ini hari pertama mereka akan memperagakan jersi unik mereka di atas padang. Hal itu disahkan oleh KFA sebelum ini.

Tai Po

Lawan mereka hari ini adalah kelab dari Hong Kong iaitu Woofo Tai Po FC. Sebutan dia adalah Typo la kot.

Pasukan ini mara ke selepas menjadi juara Liga Hong Kong musim 2018/19.

Ketika itu mereka hanya kalah sekali sahaja. Menang 12 kali dan seri lima kali.

Namun musim ini Mereka bergelut dengan prestasi.

Mereka sedang menelan dan menangisi rekod yang tidak diingini apabila tidak menang dalam kesemua tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua kompetisi.

Paling perit adalah kesemua perlawanan yang mereka gagal menang itu adalah kekalahan.

Prestasi semasa mereka dalam Liga Hong Kong pula, selepas sembilan perlawanan mereka hanya menang dua kali seri tiga kali dan kalah empat kali.

Tai Po kini sedang berada di tangga kelapan.

Kemenangan terakhir mereka adalah pada hampir dua bulan yang lalu iaitu pada 24 November 2019.

Hanya tiga hari yang membezakan mereka daripada tanpa kemenangan dalam masa dua bulan.

Sepanjang 7 perlawanan / kekalahan terakhir mereka, Tai Po sudah melepaskan bolos 24 kali. Dan hanya menjaringkan 10 gol.

Ini bermakna mereka memiliki rekod bolos 3.42 per perlawanan. Ataupun secara kasarnya, mereka memerlukan empat gol untuk menang satu.

Dalam liga pula mereka menjaringkan empat gol daripada sembilan perlawanan dan bolos 22 kali setakat ini.

Jelas sekali masalah utama mereka adalah pertahanan. Sebab kalau tengok ratio gol mereka tak adalah teruk sangat kan?

Rekod di tempat lawan mereka kalah kesemua 6 kunjungan mereka dalam semua kompetisi. Kali terakhir mereka menang di tempat lawan adalah pada 2 November 2019.

Kedah

Lawan mereka hari ini adalah pasukan Kedah. Pasukan yang diletakkan sebagai pilihan untuk perlawanan kali ini.

Jika Kedah berjaya lolos pusingan kelayakan yang kedua ini, Kedah akan ke play off pada kelayakan pusingan ketiga , menentang FC Seoul.

Aidil Sharin pastinya sudah memiliki perancangan tersendiri dalam menghadapi perlawanan.

Semoga berjaya Kedah!

Sebelum memikirkan tentang lebih jauh adalah lebih baik untuk Kedah fokus pada pusingan ini terlebih dahulu.

Kedah memiliki kekuatan tersendiri kerana mereka akan bermain di hadapan penonton mereka sendiri.

Dalam bola sepak, apa apa boleh terjadi. Kedah perlu kekal fokus di atas padang.

Kedah sudah melakukan persiapan dengan menjalani berberapa aksi pemanas badan.

Kedah memiliki pemain baharu di dalam pasukan mereka. Pemain seperti Kpah Sherman dan Kipre pasti mahu menunjukkan kualiti mereka dalam aksi kali ini.

Jadi kepada penyokong Kedah ini adalah sedikit informasi tentang perlawanan pada malam ini.

Sekali lagi saya ucapkan selamat maju jaya kepada Kedah dan berjuanglah di atas Padang dengan sepenuh hati.

Kepada para penyokong Kedah di harap anda dapat mewujudkan atmosfera yang membangkitkan semangat pasukan Kedah.