Google Tawar Ganjaran Sehingga RM6.3 Juta Jika Korang Boleh Hack Telefon Ini

Google mengikut jejak langkah Apple dalam usaha mereka mengetahui cara orang menggodam peranti mereka.

Ini dengan menawarkan wang tunai bernilai $1 juta ataupun sekitar RM4,180,000.00 (dibaca empat juga seratus lapan puluh ribu Ringgit Malaysia).

Jadi, korang yang ada rakan yang pakar teknologi, boleh la suruh dia try hack telefon ni, terus dapat wang buat makan 7 keturunan tak habis tu.

Google sebenarnya mengumumkan benda ni minggu lalu. Saja aku tulis juga benda ni, sebab tahu masih belum ada orang dapat hack sistem mereka.

Telefon mana yang terlibat? Google menawarkan penggodam untuk menggodam 2 telefon mercu mereka iaitu, Pixel 3 dan juga Pixel 4 yang baharu.

Dengan ini barulah mereka tahu keupayaan sebenar tahap kekebalan telefon pintar ini.

2 telefon mereka yang lebih awal pun masih belum ada yang bisa menggodamnya. Oleh itu Google nampak yakin dengan tahap keselamatan telefon mereka.

Kepada korang yang merasakan nak try tu. Korang perlu menceroboh Titan M ‘secure element’ oleh Google.

Ianya mirip dengan iPhone Secure Element. Di mana Titan M adalah cip sekuriti yang bertindak pantas kepada sebarang tindakan mencurigakan dan terus melindungi data pengguna.

Misalnya, ada usaha untuk memasukkan malware ke dalam peranti elektronik, Titan M akan segera melindungi data dan juga password korang.

Google kemudian menawarkan 50% lagi, menjadikan bonus keseluruhan $1.5 juta ataupun sekitar RM6.3 juta, kalau korang berjaya menggodam sekali keselamatan Android di dalam telefon pintarnya.

Jika anda malas nak hack terlalu advance, korang boleh try untuk hack dengan mencuri data dan juga lockscreen bypass. Untuk ini korang boleh la dapat $500,000 ataupun lebih RM2 juta juga tu.

Jadi, selamat maju jaya kepada korang. Kalau kaya sebab berjaya hack fon google ni, jangan lupakan aku.

Sumber: Forbes

Baca yang lain