Newcastle mengetepikan krisis kecederaan yang melanda mereka untuk menewaskan Manchester United 1-0 pada hari Sabtu hasil gol kemenangan Anthony Gordon pada separuh masa kedua.
Kemenangan membawa anak-anak buah Eddie Howe di atas United ke tangga kelima dalam carta Liga Perdana Inggeris. Walaupun beraksi dengan skuad dianggap tempang, Newcastle tampil lebih baik dan berhak mendapat gol lebih banyak dengan deretan peluang dicipta.
Skuad Eddie Howe melakukan 22 percubaan berbanding hanya 8 sahaja oleh United.
Gol tunggal Gordon terbukti cukup apabila dia memasukkan hantaran lintang Kieran Trippier pada minit ke-55.
🙌 Hands up if you've scored in four PL home games in a row 🙌
Anthony Gordon is the first Englishman to do so for Newcastle since @AlanShearer in 1999.#NEWMUN pic.twitter.com/O2jpwVrgS6
— BBC Sport (@BBCSport) December 2, 2023
Tetapi tiga mata itu merugikan Newcastle apabila penjaga gol Nick Pope diusung keluar padang pada lewat untuk menambah masalah kecederaan mereka.
The Magpies tanpa 11 pemain pasukan utama, namun begitu dominan untuk sejam pertama menentang pasukan United yang masih belum mencatatkan kemenangan menentang pasukan dalam sembilan teratas carta Liga Perdana musim ini.
“Kami sedar situasi kami tetapi pemain telah bertindak balas semula,” kata Howe.
“Saya terlalu gembira dengan pemain malam ini saya fikir kami memberikan paparan yang sangat baik. Perwatakan dan tahap usaha telah berada pada tahap tertinggi.”
Andre Onana menjadi tumpuan selepas dua kesilapan berprofil tinggi menyebabkan anak buah Erik ten Hag seri 3-3 di Galatasaray pada pertengahan minggu yang boleh menjadi punca mereka gagal ke kalah mati UCL.
Tetapi pemain Cameroon itu melakukan penyelamatan awal yang penting untuk menafikan Miguel Almiron menemui sudut jauh.
Newcastle juga mengalami kekecewaan Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu apabila penalti kontroversi pada masa kecederaan menafikan kemenangan bersejarah mereka di Paris Saint-Germain.
Kekurangan pilihan Howe bermakna dia terpaksa menamakan pasukan yang sama untuk perlawanan ketiga berturut-turut dengan Lewis Miley yang berusia 17 tahun bermula di bahagian tengah.
Tetapi tiada tanda keletihan dari pasukan tuan rumah kerana United tidak dapat menampung tenaga Newcastle ketika dengan bola atau tanpa.
“Ia pasti menjadikan keputusan lebih memuaskan kerana kami berjaya bersama pasukan yang sama,” kata Gordon.
“Bukan hanya pemain yang cedera, mereka yang bermain ada bengkak dan lebam…saya terpincang-pincang. Ia sangat memuaskan kerana kami tahu betapa gigihnya kami bekerja untuk satu sama lain, jadi untuk mendapatkan kemenangan hari ini adalah besar. ”
Anthony Gordon's last three Premier League goals:
Arsenal ✅
Chelsea ✅
Man Utd ✅Big-game player 😤 pic.twitter.com/mDXYKRteRd
— B/R Football (@brfootball) December 2, 2023
Trippier yang melakukan hantaran cantik berjaya membantu Gordon untuk menjaringkan gol keenamnya musim ini.
Ten Hag akhirnya bertindak balas hanya selepas ketinggalan kerana Marcus Rashford dan Anthony Martial yang tidak berkesan telah digantikan oleh Rasmus Hojlund dan Antony.
Namun kedua dua pemain gagal memberikan impak lebih baik.
“Semuanya anda harus mengatakan Newcastle berhak untuk menang,” akui Ten Hag.
“Kami akan bercakap esok dengan pasukan mengenainya dan pergi ke hari Rabu (menentang Chelsea).”
United yang paling hampir menyamakan kedudukan adalah apabila Fabian Schar menyekat bola voli ke arah gol Sergio Reguilon.
Tetapi insiden itu ternyata memberikan satu lagi masalah buat Newcastle apabila penjaga gol Pope yang tercedera dalam usaha menghalang bola daripada masak.
United kelihatan lebih urgency lewat perlawanan. Maguire menjaringkan gol namun dibatalkan kerana ofsaid. Seterusnya, tidak ada apa yang boleh mereka lakukan daripada mengelak kekalahan keenam mereka musim ini.
Defeat at St James' Park.#MUFC || #NEWMUN
— Manchester United (@ManUtd) December 2, 2023