Gordon Ramsay Dedahkan Anaknya Berusia 9 Bulan Dah Pandai Mencarut

Gordon Ramsay seorang chef selebriti yang terkenal dan terkemuka. Beliau dikenali dengan kehebatan masakan, dan juga kerana suka mencarut.

Dia memang mulut puaka kalau berada di dapur. Ramai yang kena tembakan daripada mulutnya.

Dan kini, Gordon Ramsay mendedahkan bahawa anaknya dengan isterinya Tana, yang berusia 9 tahun, sudah pandai mencarut sepertinya.

Oscar yang berusia 9 bulan itu sudah menunjukkan reaksi dia tak sukakan beberapa makanan dengan menujukkan isyarat “f*****g disgusting”.

Gordon dengan nada berseloroh menjelaskan: “Dia mula makan makanan pertamanya dengan baik, namun selepas 3 saat dia meludahkannya keluar.”

“Ianya adalah makan dengan puree kacang butter.”

“Saya boleh membaca gerakan bibirnya ketika Tana, isteri saya sedang memasak. Dan ayat yang keluar daripada mulutnya adalah ‘F***ing disgusting’.”

Gordon Ramsay dengan pantas menyalahkan isterinya yang gagal menyediakan makanan yang sedap.

Bercakap kepada hadiri dalam wawancara tersebut, Gordon Ramsay menyatakan, kesemua anaknya, jika ada yang mahu menjadi chef, beliau tidak akan menghalang.

Namun mereka tidak akan diberikan keistimewaan khas.

Ini kerana, sesiapa yang mahu menjadi chef perlu untuk berlatih dengan sebaiknya dengan chef yang lain, dan bukan dia.

Baca yang lain