Goretzka Tak Setuju Arab Saudi Jadi Piala Dunia 2034

Leon Goretzka merupakan pemain yang mendesak agar kesemua pemain Jerman bersatu hati menutup mulut ketika bergambar di atas padang pada aksi Piala Dunia Qatar 2022.

Perkara itu didedahkan oleh Rudiger yang menyatakan bahawa kesemua pemain lain didesak untuk mengikut kehendak beberapa pemain senior terutama sekali pemain dari kem Bayern Munich yang sangat berpengaruh.

Selepas FIFA memberi amaran kepada pasukan supaya tidak memakai lilitan One Love, perbincangan berlaku di kem Jerman pada malam sebelum perlawanan, kerana bintang Bayern, Manuel Neuer dan Leon Goretzka menegaskan satu isyarat protes mesti dilakukan. Dia memaksa pemain lain bertindak sebagai satu pasukan.

Perkara itu kemudian disebut Ilkay Gundogan sebagai tindakan yang tidak mewakili kesemua suara pemain kerana dia dan Rudiger antara pemain yang tak setuju dengan protes itu. Namun terpaksa dilakukan secara berpasukan.

Dipercayai majoriti pemain tidak mahu mengambil bahagian dalam sebarang kenyataan politik, walaupun seluruh skuad berdiri dengan tangan menutup mulut sebelum sepak mula.

Terbaru Leon Goretzka bersuara lagi mengkritik pemberian hak penganjuran Piala Asia Wanita 2026 dan Piala Dunia Kelab 2029 yang akan datang di mana kejohanan itu akan diadakan pada skala besar selepas ini.

Goretzka sekali lagi bersuara tentang penganjuran Piala Dunia di negara Arab dalam sidang media sebelum perlawanan menentnag Turkey dan Austria.

Dia menganggap pemberian hak penganjuran kepada Arab Saudi sebagai: “Satu kesilapan yang masih tidak diperbetulkan.”

Dia juga mendesak FA Jerman untuk menyatakan penentangan mereka secara rasmi ke atas Arab Saudi yang akan menganjurkan Piala Dunia 2034. Dia yakin FA Jerman tidak setuju dengan pemilihan Arab Saudi, oleh sebab itu dia mahu suara FA Jerman dilontarkan secara rasmi.

“Yang saya nampak begitulah [FA Jerman menentang penganjuran Piala Dunia 2034 di Arab Saudi], pendirian kami kekal.”

“Kesilapan sebelum ini dalam kritteria memberikan hak penganjuran masih tidak dibetulkan.”

Buat masa ini FIFA masih belum mengumumkan secara rasmi Arab Saudi sebagai tuan rumah. Namun jelas sekali ianya dalam proses akhir kerana Arab Saudi satu satunya calon. Tinggal hanya formaliti saja.

Jerman sebelum ini menjadi perhatian dunia kerana pemainnya menutup mulut sebagai protes tentang isu kemanusiaan di Qatar termasuk undang undang yang dianggap menindas golongan pelangi. Ianya selepas Qatar melarang pemakaian lilitan kapten bercorak pelangi. FIFA kemudian mengeluarkan amaran bahawa setiap pasukan hanya boleh memakai lilitan kapten daripada FIFA sahaja.

Sekaligus menghalang hasrat Jerman dan beberapa pasukan yang mahu memakai lilitan kapten One Love.

Goretzka mahu FIFA menegakkan isu hak asasi kemanusiaan sebagai kriteria penting dalam pemilihan tuan rumah.

“Hak asasi kemanusiaan harus dipersetujui dengan bakal penganjur Piala Dunia sebelum keputusan akhir dibuat,” tegas beliau lagi.