Robin Gosens menunjukkan aksi masterclass dalam kemenangan 4-2 Jerman ke atas Portugal – dan dia pasti akan gembira setelah merampas tumpuan ramai di atas padang daripada Cristiano Ronaldo.
Bintang Atalanta dinobatkan sebagai ‘Star of the Match’ oleh UEFA setelah memaparkan salah satu aksi paling padu dalam Euro kali ini, dengan 1 assist dan 1 gol ketika bermain sebagai wingback.
Korang mesti masih ingat dengan kisah sedih Gosen yang tak dapat jersi Ronaldo dan kemudian ditroll pulak oleh rakannya yang mendapatkan jersi CR7 versi pasaraya.
Robin Gosens revealed how he asked for Cristiano Ronaldo's shirt after Atalanta vs Juventus and Ronaldo didn't even look at him.
Today, that same Gosens put on a Man of the Match performance for Germany against Ronaldo's Portugal.
Rejection can be an incredible motivator. pic.twitter.com/7aKtDSavz1
— FootballFunnys (@FootballFunnnys) June 19, 2021
Kisah kena reject
Gosens sebelum ini berkongsi kisah bagaimana selepas aksi menentang Ronaldo di Serie A, dia meminta jersi Ronaldo. Malangnya, Pemenang Ballon d’Or lima kali itu tidak berminat untuk menukar jersi dan Gosens merasa “malu” dan “kerdil”.
Robin Gosens sebelum ini pernah menyatakan dia sangat kecewa apabila Ronaldo tidak mahu memberikannya jersi. Bek sisi Atalanta, Robin Gosens mempunyai kisah tentang bagaimana dia merasa malu kerana penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo.
Gosens menceritakan pengalamannya dalam biografinya yang bertajuk ‘Dreams are Worthtime’. Di mana beliau pada suatu hari hendak meminta jersi Ronaldo selepas tamat aksi antara Atalanta dan Juventus.
Namun tidak dijelaskan perlawanan yang mana satu Gosens meminta jersi Ronaldo. Namun, pemain asal Jerman itu mengakui bahawa impiannya mahu mengumpul jersi pemain paling dia kagumi itu tidak kesampaian.
Gosens malah mengakui sangat malu dengan Ronaldo, kerana idola itu tidak mahu memberikannya jersi.
“Setelah perlawanan menentang Juventus, saya berusaha merealisasikan impian saya untuk menyarung jersi Ronaldo.”
Cristiano Ronaldo left Robin Gosens hanging when he asked for his shirt 😬 pic.twitter.com/IijA1mfJui
— ESPN FC (@ESPNFC) April 5, 2021
“Selepas wisel penamat, saya menghampirinya. Sampaikan saya sanggup tidak pergi ke arah penyokong untuk meraikan kemenangan… tetapi Ronaldo tidak melayan langsung. Saya bertanya: ‘Cristiano, bolehkah saya memakai baju anda?’ Dia bahkan tidak memandang ke arah saya, dia hanya berkata: ‘Tidak!'”
“Saya benar-benar malu. Saya beredar dan merasakan diri sangat kerdil. Anda tahu bila sesuatu yang memalukan berlaku, dan anda melihat sekeliling untuk melihat apakah ada yang menyedarinya? Begitulah perasaan saya ketika itu, dan saya cuba menyembunyikannya.
Namun selepas itu, impian Gosens memiliki jersi Ronaldo akhirnya tercapai. Selepas membaca kisah sedih itu, rakan sepasukan Gosens Atalanta, Hans Hateboer memberinya jersi Ronaldo. Mereka merakam reaksi Gosens yang terkejut dan tergelak ketika dia membuka hadiah itu di bilik persalinan.
Gosens pada awalnya tidak tahu apa hadiah itu. Sebaik sahaja dia melihat jersi no.7 Juventus dengan nama Ronaldo, dia tergelak besar. Tahu dirinya sedang ditroll.
Robin Gosens was hurt when he didn't get Cristiano Ronaldo's shirt after a game … so his teammates sorted him one instead 😂 pic.twitter.com/LkMdW1mt1A
— ESPN FC (@ESPNFC) April 13, 2021
Gosens dah tak berminat dengan jersi Ronaldo
Ditanya sama ada beliau akan meminta kembali jersi Ronaldo? Kerana ini adalah peluang sekali lagi kepadany. Gosens berkata: “Tak mengapa saya sudah tidak berminat lagi untuk memikirkan soal memiliki jersinya, kerana saya ingin menikmati kemenangan dan malam yang indah ini.”
When Cristiano Ronaldo refused to swap jerseys with Robin Gosens. Rejection can be an incredible motivator. pic.twitter.com/EWgiE24FbD
— Cristian Nyari (@Cnyari) June 19, 2021
Gosens merupakan salah satu bakat yang terus menjadi perhatian di Eropah. Pemain yang menjadi bintang penting dalam pembentukan sejarah kelab seperti Atalanta itu berjaya menempatkan diri dalam pasukan kebangsaan Jerman dalam aksi Euro 2020 kali ini.