GP Austria (Q): Vinales Petak 1, Quartararo Ketiga, Repsol Honda Isi Kelompok Belakang

Pelumba Monster Energy Yamaha Team, Maverick Vinales, berjaya muncul sebagai yang terpantas dalam sesi kelayakan GP Austria.

Ini bermakna beliau akan berada kedudukan posisin pole di MotoGP Austria 2020 yang berlangsung di Red Bull Ring Circuit.

Vinales sekali lagi menunjukkan tunggangan kemas pada musim ini. Dan beliau tampil hebat setelah mencatat masa 1 minit 23,450 saat.

Sementara itu, Jack Miller (Pramac Ducati) dan Fabio Quartararo (Petronas Yamaha) juga membuat pencapaian dramatik. Mereka juga melakukan perkara yang sama pada detik saat akhir untuk menyingkirkan Dovizioso.

Quartararo jelas gembira dengan kejayaan bermula di barisan hadapan esok. Kerana dalam dua sesi latihan sebelum ini beliau tidak begitu berpuas hati dengan prestasi motosikalnya.

Seorang lagi pelumba Petronas Yamaha SRT – Franco Morbidelli – juga cemerlang dengan berada di barisan ketiga dalam acara sebenar esok selepas menduduki tangga ke-7 dalam kelayakan.

Miller sendiri berjaya menduduki tempat kedua setelah mencatat masa 1 minit 23.518 saat. Sementara itu, Quartararo menduduki tempat ketiga setelah memperoleh 1 minit 23.537 saat.

Dovizioso terpaksa turun ke tangga keempat,

Sementara itu, Valentino Rossi akan memulakan perlumbaan di nombor 12.

Semuanya gara gara Rossi gagal menyinar dalam kelayakan kedua. Dia hanya mencatat masa 1 minit 23.995 saat dan meletakkan dirinya di tempat ke-12.

Walaubagaimanapun, keputusan yang lebih buruk dicapai oleh duo Repsol Honda yang akan memulakan perlumbaan di barisan belakang.

Repsol Honda terus bergelut mendapatkan tempat barisan hadapan dan podium pada perlumbaan sebenar sejak ketiadaan Marc Marquez.

Alex Marquez akan bermula dari 18, sementara Stefan Bradl semalam menunjukkan prestasi mendadak dalam FP2 – terpaksa menelan hakikat akan bermula dari petak ke-19.

Berikut adalah Keputusan Kelayakan MotoGP Austria 2020:

1 Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) 1’23.450s

2 Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20) + 0.068s

3 Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1) + 0.087s

4 Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20) + 0.156s

5 Pol Espargaro SPA Red Bull KTM (RC16) + 0.162s

6 Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) + 0.223s

7 Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) + 0.269s

8 Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) + 0.281s

9 Johann Zarco FRA Reale Avintia (GP19) + 0.378s

10 Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) + 0.422s

11 Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16) + 0.489s

12 Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) + 0.545

13 Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20) 1’23.915s

14 Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) 1’24.151s

15 Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) 1’24.228s

16 Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16) * 1’24.405s

17 Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) * 1’24.485s

18 Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) * 1’24.49s

19 Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V) 1’24.662s

20 Bradley Smith GBR Aprilia Gresini (RS-GP) 1’24.831s

21 Tito Rabat SPA Reale Avintia (GP19) 1’25.287s

22 Michele Pirro ITA Pramac Ducati (GP20) 1’25.431s

Ini gambaran untuk permulaan para pelumba esok:

Baca yang lain