Fabio Quartararo akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat pertama sekali lagi.
Ianya kegembiraan berganda buat Petronas SRT yang sebelum perlumbaan mengumumkan penyertaan Rossi ke dalam pasukan mereka musim hadapan.
Keputusan ini menyaksikan El Diablo akan kembali memimpin carta MotoGP kelas premium musim ini.
Pendahulu sebelum ini Andrea Dovizioso tersingkir awal daripada perlumbaan. Dovi hanya ada kelebihan satu mata di atas Quartararo selepas pelumba SRT itu dikenakan penalti dalam perlumbaan minggu lalu.
Sebelum ini Quartararo mencipta sejarah menjadi pelumba satelit Yamaha pertama memenangi kejuaraan GP dunia.
A flawless win!
Fabio Quartararo is finally a race winner again, winning his first race since the Andalusian Grand Prix to regain the @MotoGP World Championship lead. 👏#MotoGP #MotoMad #CatalanGP pic.twitter.com/XQNn1zNVD1
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) September 27, 2020
Dan kali ini beliau sudah melebarkan kepada 3 kemenangan musim ini.
Fabio Quartararo wins his third race of the year! 🇫🇷
Back to the top of the championship! 🙌#CatalanGP pic.twitter.com/b2QLt8bsGb
— MotoGP on BT Sport (@btsportmotogp) September 27, 2020
Di tempat kedua pula diisi oleh pelumba yang menyindir Quartararo sebelum ini iaitu Joan Mir. Sekaligus membuatkan Mir kini berada hanya 8 mata di belakang Quartararo.
Mir sangat cemerlang dalam beberapa perlumbaan terakhir ini. Di mana tiada pelumba lebih banyak mata daripadanya dalam 3 perlumbaan terakhir.
Alex Rins akhirnya berjaya menamatkan saingan di tangga ketiga di kedudukan podium.
Franko Morbidelli kelihatan memanfaatkan kelebihan yang dimiliki pada awal perlumbaan.
Jack Miller kemudian menyerang dengan agresif kedudukan Yamaha untuk menduduki tempat kedua dari Quartararo.
Johann Zarco dan pemimpin kejuaraan Andrea Dovizioso terbabas selepas kesilapan daripada Danilo Petrucci memusnahkan harapan Ducati.
Valentino Rossi paling menarik perhatian. Beliau berjaya mengejar sehingga menempatkan diri di tangga kedua.
Rossi yang menggunakan pendekatan lebih tenang telah mengekori rapat dua rakannya dari Yamaha – Quartararo dan Morbidelli.
Petrucci dan Espargaro bertukar tempat ketika Brad Binder, Bagnaia dan Miguel Oliveira memerhatikan peluang untuk menyerang, Espargaro pula terbabas dan tersingkir ketika baki 12 pusingan lagi.
Rossi yang berada di tangga kedua, telah terbabas pada pusingan ke-16. Sekaligus menangguhkan sekali lagi impian podium ke-200 beliau.
OMG! 😱
Valentino Rossi is OUT of the Catalan Grand Prix!
The Doctor crashes out for the second consecutive race! 😱#MotoGP #MotoMad #CatalanGP pic.twitter.com/l7bZgTSWxw
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) September 27, 2020
Dengan baki empat pusingan lagi, Quartararo mendahului sehingga dua setengah saat, Morbidelli telah mengurangkan jurang sesaat tetapi Mir tiba tiba menyerang dari belakang.
Seperti yang dikatakan Quartararo sebelum ini, Suzuki memiliki motosikal yang sangat kuat ketika di zon pecutan.
Akhirnya Suzuki ternyata menciduk Morbidelli dengan berjaya mendapatkan dua tempat podium di kedua dan ketiga.
Pertempuran rakan sepasukan berlanjutan di belakang ketika Miller dan Bagnaia berjuang keras untuk tempat kelima.
Nakagami cuba untuk memanfaatkan jika peluang jika ada. Nakagami terus kekal menjadi penunggang Honda paling cemerlang musim ini selepas ketiadaan Marc Marquez.
Berikut kedudukan penuh para pelumba:
1 Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1)
2 Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)
3 Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)
4 Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1)
5 Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20)
6 Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP20)
7 Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)
8 Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20)
9 Maverick Villales SPA Monster Yamaha (YZR-M1)
10 Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V)
11 Brad Binder RSA Red Bull KTM Factory (RC16)
12 Aleix Espargaro ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP)
13 Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)
14 Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)
15 Tito Rabat SPA Reale Avintia Ducati (GP19)
16 Bradley Smith GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP)
17 Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V)
DNF
Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)
Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1)
Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory (RC16)
Johann Zarco FRA Reale Avintia Ducati (GP19)
Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20)
Ini pula kedudukan carta perlumba musim ini secara keseluruhan:
1. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT) – 108 poin
2. Joan Mir (Suzuki Ecstar) – 100 poin
3. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) – 90 poin
4. Andrea Dovizioso (Ducati) – 84 poin
5. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) – 77 poin
6. Jack Miller (Pramac Racing Ducati) – 75 poin
7. Takaaki Nakagami (LCR Honda) – 72 poin
8. Alex Rins (Suzuki Ecstar) – 60 poin
9. Miguel Oliveira (Red Bull KTM Tech3) – 59 poin
10. Brad Binder (Red Bull KTM) – 58 poin
11. Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha) – 58 poin
12. Pol Espargaro (Red Bull KTM) – 57 poin
13. Francesco Bagnaia (Pramac Racing Ducati) – 39 poin
14. Danilo Petrucci (Ducati) – 39 poin
15. Johann Zarco (Reale Avintia) – 36 poin
16. Alex Marquez (Repsol Honda) – 27 poin
17. Aleix Espargaro (Aprilia Gresini) – 22 poin
18. Iker Lecuona (Red Bull KTM Tech3) – 17 poin
19. Cal Crutchlow (LCR Honda) – 13 poin
20. Bradley Smith (Aprilia Gresini) – 11 poin
21. Tito Rabat (Reale Avintia) – 8 poin
22. Michele Pirro (Ducati) – 4 poin
23. Stefan Bradl (Repsol Honda) –
24. Marc Marquez (Repsol Honda) –