GP Czech: Binder Cipta Sejarah, Juara Pertama Dari KTM, Lihat Reaksi Rossi

Pelumba debut ataupun Rookie KTM, Brad Binder, tampil luar biasa dan berjaya menjadi juara MotoGP Republik Czech 2020 dalam catatan masa 41 minit 38.764 saat.

Acara MotoGP Republik Czech 2020 menghadirkan pelbagai kejutan dan debaran.

Pelumba debut musim ini, Brad Binder, berjaya mempamerkan prestasi mengagumkan di MotoGP Republik Czech 2020.

Brad Binder memenangi MotoGP Republik Czech 2020 setelah bertarung sengit dengan Franco Mobidelli (Petronas Yamaha) yang menjadi naib juara.

Kedudukan ketiga dihuni oleh Johann Zarco (Reale Avintia Ducati).

Kemenangan Binder melakar sejarah baru dalam pasukan KTM.

Kerana pelumba berusia 26 tahun itu menjadi pelumba KTM pertama yang memenangi podium sekaligus menjadi juara di kelas MotoGP.

Sementara itu, bagi Franco Morbidelli, ini juga merupakan pencapaian yang hebat kerana dia memenangi podium buat pertama kalinya dalam kariernya di kelas premium.

Valentino Rossi ternyata memberikan penghargaan kepada Binder dengan merapati pelumba itu dan mengucapkan tahniah.

Rossi menamatkan saingan di tangga kelima.

Pendahulu keseluruhan Quartararo, menamatkan saingan di tangga ketujuh.

Repsol Honda terus gagal untuk berada dalam podium dan sekali lagi di luar 10 terbaik.