Grab Dan Go-Jek Sedang Berbincang Untuk Penggabungan

Grab dan Go-Jek kini dilaporkan sedang berbincang untuk penggabunggan. Grab telah meningkat naik dengan mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Dan ia menjadi salah satu syarikat yang paling berpengaruh di Asia Tenggara. Grab telah membeli Uber di Asia Tenggara pada 2018.

Kali ini Grab mulai mengintai peluang untuk bergabung dengan satu lagi syarikat ride-hailing.

Laporan oleh The Information mengesahkan bahawa perbincangan itu sedang berjalan ketika ini.

Di mana, kedua dua syarikat sudah lama mencetuskan idea ini dan melakukan beberapa siri perbincangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Tetapi kali ini ia menjadi lebih serius, dalam beberapa bulan ini.

Perbincangan merangkumi valuasi pada nilai syarikat. Dan Grab dikatakan masih keberatan untuk menerima syarat Go-Jek yang mahukan pecahan 50-50 daripada penggabungan ini.

Penggabungan kedua dua syarikat ini adalah untuk meningkatkan lagi keuntungan oleh kedua dua pihak, menerusi menaikkan nilai syarikat di mata pelabur.

Ketika ini, kedua duanya masih berperang dengan penawaran harga kepada pengguna. Pelabur kini agak sukar untuk memilih untuk melabur di syarikat mana satu.

Pada 2018, Grab menjan keuntungan sekitar US$1.1 billion dan dijangka meningkat kepada US$2.3 billion pada 2019.

Go-Jek juga dilaporkan meraih keuntungan US$1 billion pada 2019. Ianya angka yang agak luar biasa, memandangkan mereka tidak banyak cover perkhidmatan di Asia Tenggara.

Rujukan: Vulcan Post

Baca yang lain