Graduan Menganggur Berusia 41 Tahun Mahu Saman Ibu Bapa Dan Universiti Oxford

Pada hari ini memang ramai yang sukar mendapatkan pekerjaan termasuk graduan daripada Universiti ternama. Misalnya, seorang graduan yang menganggur berusia 41 tahun bernama Siddiqui ini lepasan Oxford.

Dan dia masih menganggur sehingga kini. Kerana kecewa masih menganggur, Siddiqui memutuskan untuk mengheret keluarganya – ibu dan ayahnya – ke mahkamah untuk memberikan jaminan sokongan kewangan kepadanya sehingga dia meninggal dunia.

Siddiqui adalah graduan undang undang Universiti Oxford dan merupakan peguam terlatih. Dia bekerja dengan beberapa firma guaman sebelum ini. Namun sejak 2010, Sidiqqui tidak ada pekerjaan tetap.

Ayah dan ibunya tinggal di Dubai dan membenarkan Siddiqui tinggal di rumah mereka di London, di sebuah kondominium mewah bernilai £1 juta terletak di kawasan mega mewah berdekatan Hyde Park.

Siddiqui sudah tinggal di situ tanpa menyewa sesen pun selama 20 tahun. Segala bil api dan air Siddiqui juga ditanggung oleh ibu dan ayahnya. Anak katakan, takkan emak dan ayahnya nak mintak sewa?

Secara keseluruhan, ibu bapanya turut memberikan wang saku sebanyak £400 seminggu, ataupun sekitar RM2,290. Ianya untuk membantu Siddiqui membayar bil dan utiliti yang lain, selain duit makan.

Selepas terlalu lama bergantung kepada ayah dan ibunya, kedua dua orang tua Siddiqui berencana mahu menamatkan bantuan kewangan kepada anak mereka. Ini kerana ada pertelingkahan di antara Siddiqui dengan ibu bapanya baru baru ini.

Oleh kerana Siddiqui kecewa dengan tindakan ibu bapanya itu, dia memutuskan mahu menyaman ibu bapanya jika mereka menamatkan sokongan kewangan itu. Dengan alasan, sebagai seorang anak, Siddiqui berhak mendapat sokongan kewangan daripada ibu bapanya untuk seumur hidupnya. Ewah!

Siddiqui dilaporkan sudah ditolak oleh mahkamah keluarga pada tahun lalu. Namun Siddiqui memfailkan rayuan dan mencabar semula kes itu di Mahkamah Rayuan.

Selain itu, Siddiqui mengesahkan, selepas semua ini selesai, dia akan memfailkan saman ke atas Universiti Oxford atas kesalahan tidak mengajar pelajar mereka sebaiknya – yang menurut Siddiqui ajar benda bukan bukan – sehingga pelajar mereka tak mampu mendapat kerja.

Siddiqui mahu Universiti Oxford membayar USD100,000 atapun sekitar RM414,000.00.

Semoga korang dijauhkan daripada anak seperti ini.

Baca yang lain