Graham Potter Mahukan Penyerang £100 Juta Napoli, Victor Osimhen

Pengurus Chelsea, Graham Potter memberitahu pengurusan tertinggi kelab, bahawa dia ‘mengutamakan pembelian pemain di bahagian serangan lain’ berbanding dengan Marcus Thuram.

Dan pemain yang dia mahukan adalah penyerang bernilai £100 juta, Victor Osimhen.

The Blues diketahui akan kembali berada dalam pasaran untuk mendapatkan penyerang baharu, dan pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan berada dalam radar mereka sejak beberapa bulan lalu ketika mereka terus menilai pilihan mereka.

Thuram telah memasuki lima bulan terakhir kontrak £82,000 seminggu di Borussia Monchengladbach dan dikaitkan dengan perpindahan semasa musim sejuk.

Pengarah sukan Gladbach, Roland Virkus telah mendedahkan bahawa pemain antarabangsa Perancis itu telah menolak tawaran kontrak daripada kelab dan berazam untuk berpindah ke ‘kelab yang lebih besar’ selepas gagal mendapatkan perpindahan pada Januari.

“Dengan Marcus Thuram, kami sudah tiada,” akui Virkus semasa wawancara dengan SPORT1. “Kami telah memutuskan untuk membenarkan Thuram pergi.”

“Hakikat bahawa dia akan pergi secara percuma bukanlah situasi yang positif. Saya tidak boleh menyukainya. Kami perlu menerima bahawa ada kelab yang lebih besar akan menjadi destinasi baharu dia akan berpindah.”

Menurut Daily Mail, saingan Liga Perdana Inggeris, Chelsea, Arsenal, Tottenham Hotspur, Manchester United dan Newcastle United bersedia untuk bersaing untuk mendapatkan tandatangan Thuram dengan penyerang itu bernilai £28 juta oleh Transfermarkt.

Chelsea kini mengalihkan perhatian mereka kepada penyerang no.9 berbanding penyerang sayap seperti Thuram.

Ketika ini mereka bergantung kepada Pierre Emerick Aubameyang yang terus bergelut dengan prestasi. Dan seringkali menggunakan Kai Havertz sebagai false no.9.

Jadi, Potter dikatakan berminat mendapatkan Victor Osimhen ketika dia kelihatan akan meninggalkan Napoli selepas berjaya membantu kelab itu menjuarai Serie A akhir musim ini.

Dinyatakan bahawa Red Devils pimpinan Erik ten Hag juga berminat dengan penyerang berusia 24 tahun itu sebagai pelan jangka panjang kelab itu.

Selain Chelsea dan United, kelab lain seperti PSG juga berminat dengan pemain antarabangsa Nigeria itu.

Namun Napoli meletakkan harga sekitar £100 juta untuk penyerang sensasi mereka itu.

Tanda harga Osimhen itu kerana prestasinya setakat ini musim ini kerana dia telah menjaringkan 21 gol dalam 25 perlawanan, mencipta empat assist lagi untuk rakan sepasukannya.

Oleh itu, langkah untuk mendapatkan pemain antarabangsa Nigeria itu mungkin lebih masuk akal daripada sasaran Thuram untuk Chelsea pada musim panas ini.

Namun pastinya Thuram masih berpotensi ke Chelsea kerana dia berstatus ejen bebas. Chelsea dalam pada masa yang sedia melepaskan beberapa pemain mereka.

Walaupun sudah berbelanja sekitar €400 juta untuk membantu Potter sahaja, Todd Boehly sudah berikrar tidak akan memperlahankan momentum mereka di pasaran perpindahan.

Sejak mengambil alih Chelsea, Todd Boehley sudah berbelanja lebih €600 juta untuk membeli pemain.

Peminat masih lagi menunggu Potter menunjukkan kualiti sebenarnya mengendalikan pasukan besar seperti Chelsea.

Graham Potter meminta agar diberikan masa lagi. Kerana menurutnya, pengurus seperti Mikel Arteta sebelum ini pun hampir pernah dipecat kerana desakan peminat, namun kelab Arsenal memutuskan untuk terus percayakan Arteta.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan