Beberapa tahun lalu, Kepa Arrizabalaga dibeli dengan rekod dunia untuk penjaga gol.
Namun prestasinya agak merosot beberapa tahun kemudian.
Membuatkan Chelsea menandatangani Edouard Mendy untuk menggantikannya.
Mendy membantu Chelsea menjulang UCL dan menjadi penjaga gol terbaik dunia pada masa itu.
Dia turut membantu Chelsea menjadi juara Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab FIFA. Menjadikan Kepa sebagai pemain sandaran untuk posisinya.
Malah pada satu ketika Chelsea cuba menjual Kepa tetapi gaji dan harganya menjadi penghalang buat Chelsea.
Tidak berapa lama kemudian, Edouard Mendy mengalamai kecederaan dan terpaksa melepaskan tempatnya kepada Kepa.
Penjaga gol Sepanyol itu menggunakan kesempatan yang ada untuk merampas semula tempatnya sebagai no.1 di dalam skuad Chelsea.
🚨 Édouard Mendy has been told he can leave Chelsea this summer as the revamp of Graham Potter’s squad continues.#CFC
(@TomHopkinson) pic.twitter.com/jK5o8QkKFa
— Chelsea Dodgers 🧢 (@TheBlueDodger) March 18, 2023
Dan kini, Graham Potter dikatakan sangat selesa dengan prestasi Kepa Arrizabalaga.
Walaupun kini Mendy sudah kembali, namun Kepa masih menjadi pilihan utama Potter. Kepa sudah diturunkan oleh Potter dalam 27 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.
Kepa turut melakukan 11 clean sheets yang meyakinkan.
Edouard Mendy dikatakan sudah bercakap dengan Graham Potter tentang kedudukannya dalam skuad Chelsea.
Dan pengurus itu sudah memberitahunya bahawa dia bukan lagi no.1 yang tetap dalam Chelsea.
Malah ketika ini dia merupakan pilihan kedua.
Tiada jaminan Potter akan memberikan lebih banyak minit kepada penjaga gol antarabangsa Senegal itu.
Dengan kontrak semasanya akan berakhir pada 2025, Chelsea sudah sedia untuk menjual pemain itu pada jendela perpindahan akan datang.
Mendy pada masa yang sama dikatakan gagal mencapai kesepakatan untuk kontrak baharu. Antara isu yang menghalang adalah permintaan gaji yang masih gagal dipersetujui di antara kedua dua pihak.
Chelsea benar benar tidak dapat memenuhi gaji yang diminta Mendy memandangkan mereka sendiri bergelut untuk mengawal gaji pemain selepas kemasukkan ramai bintang besar yang baharu.
Potter turut sudah menyenaraikan penjaga gol baharu yang dia mahu bawa masuk sebagai persediaan untuk menghadapi pemergian Mendy.
🚨 There is a strong possibility Édouard Mendy, who was first choice for the previous two seasons, will be sold after being relegated to No. 2 behind Kepa by Potter.
Chelsea are considering buying a goalkeeper, so that may impact Gabriel Slonina.
As things stand, a decision on… https://t.co/Gt2khoD4We pic.twitter.com/n9Gdohx68m
— Chelsea Dodgers 🧢 (@TheBlueDodger) March 16, 2023