Thomas Gravesen merupakan pemain yang dikenali dengan gaya permainannya yang keras serta kerap melakukan faul.
Pemain Denmark itu mendapat peluang dalam hidupnya untuk bermain dengan Real Madrid pada 2005. Gravesen ditandatangani Real Madrid yang melepaskan Claude Makelele sebelum itu.
Gravesen mengingat kembali detik Jonathan Woodgate mengingatkan beliau agar berhati hati kerana gaya permainannya akan berpotensi mendapat kad disiplin kalau di Sepanyol.
Woodgate cedera ketika menyertai Real Madrid. Dan beliau mengambil masa yang lama untuk rehabilitasi sebelum membuat debut untuk kelab.
Seterusnya Gravesen menceritakan bagaimana keperibadian Woodgate yang sangat baik. Mereka berdua saling menyokong antara satu sama lain.
“Kenangan saya ketika berada di Madrid ialah saya ada kawan baik. Dia ialah Jonathan Woodgate. Saya ada masa yang indah dengannya. Dia seorang yang hebat. Seorang yang suka menolong. Dan memiliki perwatakan yang benar benar hebat.
“Dia selalu menolong saya ketika saya berada di bangku simpanan. Kerana dia awalnya cedera, dan tidak bersedia untuk beraksi.”
“Dia sentiasa memberikan saya nasihat, agar lebih berdisiplin [di atas padang]. Jika kamu bermain di Sepanyol, kamu akan mendapat banyak kad kuning, kamu kena berhati hati tentangnya.”
“Dia memberikan saya nasihat yang sangat bagus.”
Seterusnya Gravesen pula cuba berkongsi tips bermain dengan pemain di Sepanyol yang menurutnya lincah. Tapi Woodgate buat tak tau je.
“Saya jenis orang yang suka membantah dan beralasan. Jonathan, di Sepanyol pemain pemain mereka sangat laju, mereka memiliki skil yang sangat lincah. Budaya di sini berbeza dengan di England.”
“Tapi dia tak nak mendengar apa yang saya katakan.”
“Dan harinya pun tiba. Jonathan bersedia untuk melakukan debut di Madrid, tempat sendiri menentang Athletic Bilbao.”
“Dan kemudian ketika perlawanan, Jonathan menerima dua kad kuning, dibuang padang, menjaringkan gol sendiri.”
“Dalam perjalanan dia keluar padang, Jonathan berpaling ke arah saya, dan saya hanya tersenyum melihatnya sambil menggelengkan kepala.”
“Ketika kami masuk ke bilik persalinan, Jonathan masih duduk di sana dengan tuala di kepalanya sambil menggelengkan kepala dan berkata, ‘saya tak percaya, saya dibuang padang.'”
“Saya berkata kepada dia, ‘Jonathan, saya rindu nak berteman dengan kamu [di tepi padang], jumpa lagi’.”
Jonathan Woodgate advice 😂😂 pic.twitter.com/ROihFfA5mu
— Thomas Gravesen (@HeyJoeStar) February 3, 2021
Setelah bersara dari bola sepak pada tahun 2008, ‘The Ogre’ Gravesen menjadi perhatian dunia dengan mengungkap yang memperoleh pelaburan EUR110 juta di Amerika Syarikat, tinggal seperti jutawan di Las Vegas berjiran dengan Andre Agassi, Steffi Graf dan Nicolas Cage.
Namun tidak lama kemudian, Gravesen kehilangan EUR61 juta kerana bermain poker.
Rakan baiknya Woodgate, sebaliknya, meneruskan kariernya dalam bola sepak dan menjadi jurulatih. Dan kini beliau menjadi pengurus interim di Bournemouth,
✅ ¡OFICIAL! Jonathan Woodgate, nuevo entrenador (interino) del Bournemouth, club en el que milita el colombiano Jefferson Lerma.
🍒 Los ‘Cherries’ son sextos en la Championship, puesto de clasificación a los play-offs por el tercer ascenso a la EPL. pic.twitter.com/JvMZUkiHXj
— Samuel Vargas (@SVargasOK) February 3, 2021