Jack Grealish pelik kenapa penyokong lawan selalu mengejeknya. Sedangkan dia tidak buat salah pun dalam padang. Perkara itu turut membuatkan ibunya pun berasa pelik sekali. Menurut Jack Grealish, hampir di setiap perlawanan di tempat lawan dia akan menjadi mangsa boo peminat lawan.
Grealish bukanlah pemain yang suka cari gaduh atas padang atau panas baran. Jadi dia sendiri masih mencari jawapan kepada persoalan itu.
Grealish berkata: “Saya selalu tertanya tanya, kenapa penyokong pasukan lawan boo saya? Emak saya pun tertanya tanya pasal perkara itu.
“Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu kenapa? Di setiap stadium pasukan lawan yang saya lawati, saya diboo dan saya sendiri tak tahu kenapa?”
Jack Grealish tidak melatah dan memberikan reaksi koyak di atas padang. Dan dia menganggap itu satu ‘pujian’ kepadanya mungkin kerana peminat lawan mahu menggganggu emosinya kerana kehebatan aksinya di atas padang.
Jadi dia mengambil itu sebagai motivasi. Pemain antarabangsa England itu menambah: “Saya cuma ambil positif ejekan itu dan anggap ia satu penghargaan kepada saya.”
Grealish sebelum ini pernah menjadi pemain Inggeris termahal dalam sejarah ketika menyertai Manchester City dengan nilai perpindahan sekitar £100 juta dari Aston Villa. Dia merupakan pemain penting untuk negaranya England.
Musim lalu, Jack Grealish menikmati kejayaan treble bersama dengan Manchester City. Dan musim ini mereka masih dalam landasan untuk mempertahankan kejuaraan treble mereka.