Kapten Greece, Tasos Bakasetas telah memberikan ucapan yang penuh motivasi kepada rakan rakannya sebelum masuk ke padang Wembley menentang England pada aksi UNL.
Dia mahu semua pemain pemain Greece memberikan sepenuh jiwa raga untuk mendedikasikan perlawanan itu kepada George Baldock. Mendiang George Baldock meninggal dunia minggu lalu di kediamannya.
Baldock yang berasal dari England pernah bermain di Liga Inggeris dan bermain di Liga Greece untuk Panathinaikos ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya.
Bakasetas berkata: “Kita semua tahu betapa hebatnya pasukan kita ini, dan apa yang telah kita capai untuk sampai ke sini. Kita tak perlu takut, setiap seorang daripada kita harus berani, dan kita harus tunjukkannya daripada minit pertama lagi.
“Kita semua tahu kualiti perlawanan ini. Dan kita semua tahu betapa bermaknanya George [Baldock] untuk kita. George sentiasa menjadi contoh kepada pemain lain dalam pasukan, sentiasa berjuang berhabis habisan, meletakkan pasukan di atas segalanya dan sanggup berkorban secara fizikal.
“Untuk perlawanan hari ini, George akan menjadi contoh untuk kita. Setiap seorang daripada kita di sini akan berkorban demi untuk mendedikasikan penghormatan buat George. Ayuh semua bersedia.”
Tasos Bakasetas Captain's speech – with English subtitles – yesterday before England 🏴 vs Greece 🇬🇷 kicked off at Wembley yesterday night
Yesterdays historic win dedicated to the tragically departed, George Baldock 🕊️
🎥 @EthnikiOmada #Greece #ENGGRE #NationsLeague pic.twitter.com/VLQaahk9pz
— Thrylos 7 International (@Thrylos7Intl) October 11, 2024
Greece kemudian menang pertama kali ke atas England dalam sejarah bola sepak mereka. Dan pemain Greece mendedikasikan gol serta kemenangan mereka buat George Baldock di tanah air mendiang.
Greece bermain salah satu bola sepak terbaik dalam sejarah mereka. Dengan aksi yang memukau menentang England yang dibarisi ramai bintang EPL dan dunia.
For George Baldock 🕊️
Greece beat England for the first time ever, only a day after the death of their teammate.
At full-time, they celebrated together with his shirt 💙 pic.twitter.com/VFjmeyudFS
— Optus Sport (@OptusSport) October 10, 2024
Greece sebelum ini cuba meminta perlawanan ini ditunda kerana kematian tragik George Baldock. Bola sepak Greece mahu memberikan penghormatan dan berkabung untuk George Baldock. Namun UEFA menolak permintaan tersebut.
Pemain Greece, Rota sempat berkata di depan kamera: “Georgie, ini untuk kamu.”
The Greek federation tried to get the game postponed after the tragic loss of George Baldock but UEFA denied.
The Greek team then play some of the best football seen by Greece in a long time for their close friend.
Lazaros Rota perfectly sums up what this win means to Greece https://t.co/3fSbasjodL
— Adonis Oikonomidis (@AdonisOikJourno) October 10, 2024