Greenwood Mahu La Liga Hentikan Siasatan Ke Atas Bellingham

Mason Greenwood telah memohon secara rasmi agar siasatan ke atas Jude Bellingham dihentikan dan kes digugurkan sama sekali.

Jude Bellingham sebelum ini dilaporkan telah mengeluarkan kata kata hinaan yang teruk ke atas Mason Greenwood dalam pertembungan La Liga.

Di mana Bellingham melabel Greenwood sebagai ‘Per*gol sial”.

Menurut Daily Mail, pakar pembaca gerak bibir sendiri mengesahkan perkara itu 97% dan pasukan Gatafe telah membuat aduan rasmi kepada La Liga.

Hal ini kerana pertuduhan ke atas Greenwood sudah digugurkan oleh mangsa yang merupakan pasangan hidupnya ketika ini. Jadi kes tersebut sudah tiada. Greenwood sudah bebas daripada sebarang pertuduhan salah laku jenayah kekerasan rumah tangga dan pemerkosaan.

Kini satu lagi laporan menyebut bahawa, demi kepentingan karier Bellingham dan England, Mason Greenwood telah meminta agar siasatan itu dihentikan dan kes digugurkan serta merta.

Selain itu juga Greenwood tidak mahu memanjangkan kes yang dia anggap remeh itu kerana mahu fokus sepenuhnya kepada aksi bola sepak di atas padang.

Kedua dua pemain masih ada potensi untuk bermain bersama dalam pasukan kebangsaan selepas ini  memandangkan Greenwood sudah dibebaskan daripada kesnya.

Beberapa minggu lalu, Sir Jim Ratcliffe telah membuka pintu kepada Greenwood untuk kembali merumput bersama Man United. Namun SJR menegaskan keputusan itu memerlukan kelab menilai banyak aspek termasuk penerimaan peminat ke atasnya.

Seterusnya, kelab juga akan menghormati pendirian Erik Ten Hag dalam perkara ini.

Baca yang lain