Greenwood Sertai Getafe Dan Akan Kembali Ke Man United Musim Depan

Mason Greenwood menyertai Getafe secara pinjaman dari Man United. Ianya salah satu daripada cara Man United memastikan pemain itu berjarak dulu dengan kelab mereka pada masa ini.

Namun Man United ternyata tidak menamatkan kontrak pemain itu. Kerana mereka akan menerima semula kepulangan Greenwood pada musim hadapan.

Greenwood awalnya dikaitkan dengan perpindahan ke Lazio. Namun rundingan gagal dimeterai atas beberapa halangan.

Akhirnya Getafe pula memasuki gelanggang persaingan mendapatkan khidmat penyerang serba boleh itu dan berjaya memastikan perjanjian pinjaman semusim dimeterai.

Greenwood sebelum ini telah dikenakan tindakan oleh Man United kerana kes salah laku keganasan rumah tangga [kat sana walaupun bukan laki bini pun masih digelar keganasan rumah tangga kalau pasangan itu duduk bersama].

Walaupun pemain itu bebas daripada semua pertuduhan. Namun bukti video dan audio sangat kukuh. Dan kes dia digugurkan atas permintaan mangsa sendiri yang merupakan teman wanitanya.

Greenwood sudah berjanji bahawa dia akan berada jauh daripada Man United untuk memastikan imej kelab itu tidak calar.

Sementara United sudah menyatakan mereka akan menyokong pemain itu untuk bangkit semula di dalam kariernya. Mereka akan membantu pemain itu secara berterusan.

Akhirnya dia dipinjamkan ke Getafe dan sedia untuk kembali semula musim hadapan.

Man United dalam kenyataan rasmi kelab berkata: “Perpindahan ini akan membolehkan Greenwood membina semual kariernya di luar Manchester United. Kelab akan terus menawarkan sokongan kepada Mason dan keluarganya sepanjang proses transisi ini.”

Mason Greenwood merupakan wonderkid berbakat besar, namun dia hanyut dengan status superstar yang dia nikmati pada usia muda.

Gaya permainannya yang laju dan lincah serta keupayaan menggunakan kedua dua kaki dengan sangat baik membuatkan dia sukar dikawal pertahanan.

Gaya hidupnya di luar padang memang agak bermasalah.

Dia sudah menyesali perbuatannya dan berkata dia akan belajar daripadanya untuk menjadi insan dan pemain profesional lebih baik. Dia juga bertekad untuk mengambil iktibar daripada apa yang berlaku untuk menjadi pasangan hidup dan ayah yang baik.

Baca yang lain