Griezmann Akui Sakit Mental Dan Tak Tahan Lagi Di Barca

Antoine Griezmann menyatakan bahawa keputusan menyertai Barcelona adalah satu penyesalan baginya.

Ketika bersama Barca dia sangat tertekan dan sampai ke satu tahap dia sudah tak mampu lagi bertahan dan memutuskan mahu berambus dan kembali semula ke Atletico.

Griezmann awalnya dianggap pengganti kepada Lionel Messi yang ketika itu dilihat sudah menuju ke akhir kariernya.

Malangnya buat Griezmann, Messi masih lagi pemain utama Barca dan masih sangat padu. Griezmann malah tidak mendapat peranan yang besar di Barcelona.

Griezmann menikmati karier yang indah di Atletico. Sebelum dia menarik perhatian Barcelona. Di mana ketika itu dia menyatakan dia menyertai Barca kerana kelab itu lebih besar.

Akhirnya dia kembali semula setelah gagal menikmati karier yang indah di sana. Ketika kembali, dia mengambil sedikit masa untuk mendapatkan semula rentaknya. Dan akhirnya dia berjaya mendapat rentak itu.

Kini dia menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di Atletico.

Griezmann mengakui dia agak sukar untuk mendapatkan semula keyakinan peminat di Wanda Metropolitano setelah kembali semula.

Griezmann awalnya menyertai semula Atletico sebagai pinjaman pada 2021 dan melengkapkan perpindahan tetap pada 2022.

Baru baru ini Griezmann dihadiahkan cincin emas oleh rakan sepasukan dan pegawai kelab sebagai penghargaan kepadanya selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu.

Bercerita tentang perpindahannya ke Barcelona sebagai satu kesilapan dan penyesalan. Griezmann pernah menolak Barcelona pada 2018.

Dia menyatakan: “Saya memutuskan untuk meninggalkan Barcelona kerana mental saya sudah sampai di tahap hadnya.

“Saya harus pergi, dan kamu sentiasa berfikir bahawa di luar sana lebih bagus.

“Saya masa itu nak mencuba, dan selepas beberapa bulan, saya mendapati diri saya tidak segembira saya di Madrid di Atleti.

“Saya marah kepada diri sendiri dan saya harus bekerja keras serta harus berdiam sahaja. Saya menjadi kerdil ketika kembali semula ke sini.

“(Fernando) Torres memberitahu saya, apabila saya kembali dan melakukan segalanya di atas padang, penyokong akan menghormati saya kembali.

“Saya sangat seronok di sini. Saya pernah membuat kesilapan. Dan itu pernah berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun saya akan melakukan segalanya agar penyokong rasa bangga dengan nombor 7 mereka.

“Kami perlukan kamu dari sekarang sehingga akhir musim ini, terima kasih di atas segala rasa sayang, dan ayuh kita nikmatinya bersama sama.”

Griezmann kini kembali memenangi hati peminat. Dan sudah tentunya dia adalah legenda kelab itu.

Griezmann sanggup menerima pengurangan gaji yang banyak ketika kembali semula ke Ateltico Madrid.