Griezmann Kecewa Deschamps Pilih Mbappe Jadi Kapten

Giroud mendedahkan bahawa Antoine Griezmann agak bergelut dengan prestasinya pada satu ketika kerana tidak dipilih menjadi kapten Perancis.

Dan Griezmann mengejutkan ramai pihak apabila  mengumumkan dia bersara daripada peringkat antarabangsa pada minggu lalu.

Lantas ramai yang mengimbas kembali tentang layanan Deschamps kepada Griezmann pada 2023. Ketika Deschamps mahu memilih kapten baharu menggantikan Hugo Lloris – selepas pemain paling banyak kaps dengan Perancis itu bersara.

Griezmann dianggap calon terbaik untuk menjadi kapten Perancis berdasarkan senioriti dan pencapaiannya bersama Les Bleus. Griezmann benar benar ingin menjadi kapten Perancis sebelum dia bersara.

Dan dia yakin giliran dia sudah tiba ketika Lloris melepaskan lilitan kapten. Kerana Mbappe usianya masih muda dan boleh menjadi kapten selepas Griezmann.

Namun begitu, Didier Deschamps memutuskan untuk memilih kapten lebih muda iaitu Kylian Mbappe.

Sejak daripada hari itu, prestasi Griezmann tidak menentu. Dia tidak konsisten menunjukkan aksi cemerlang seperti sebelum ini.

Peminat yakin bahawa tindakan Deschamps itu ibarat tidak menghargai jasa Griezmann kepadanya. Di mana pemain itu menjadi pemain pentingnya sejak sekian lama.

Pemain itu sebenarnya hampir membuat persaraan antarabangsa pada 2019 setelah dia memenangi Piala Dunia bersama Perancis,  namun Deschamps pergi berjumpa sendiri dengan Griezmann mahukan dia meneruskan karier antarabangsanya.

Giroud dedahkan bahawa tindakan Deschamps tidak memilih Griezmann menjadi kapten sedikit sebanyak memberikan kesan kepada mentaliti pemain itu.

Giroud bercakap kepada Telefoot: “Keputusan tentang siapa kapten? Dia cakap ia memang memberikan kesan kepadanya. Griezmann tidak berselindung tentangnya. Dan lumrahnya itu perkara biasa.”

Giroud menceritakan betapa Griezmann benar benar kecewa kerana Deschamps membuat keputusan untuk tidak memilih Antoine Griezmann sebagai kapten pada saat saat akhir.

Namun begitu Giroud yakin bahawa keputusan Griezmann bersara bukan kerana dia kecewa Mbappe menjadi kapten. Kerana dia seorang yang profesional. Perkara itu  cuma mempengaruhi prestasinya sahaja.

Sumber: Telefoot