Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan Inter Milan.

Ketika penentuan sepakan penalti, Griezmann sudah memberitahu kawannya bahawa Alexis Sanchez seorang pengecut dan dia pasti tidak akan dapat berdepan tekanan setinggi itu di pentas UCL.

Alexis Sanchez kemudian gagal menyempurnakan penaltinya. Itu yang membuatkan Griezmann kegirangan dan sangat gembira.

Kegagalan itu membuatkan Inter tersingkir dari peringkat 16 akhir. Griezmann menikmati kegagalan Sanchez itu.

Dia menjerit kepada rakan rakannya: “Dia seorang pengecut, si mamat Chile itu seorang pengecut.”

Griezmann kemudian menyatakan dia kesal kerana detik dia menjerit itu dirakam kamera. Tujuan Griezmann berkata begitu hanya untuk menaikkan semangat kawannya terutama sekali Jan Oblak.

Dia terus meminta maaf secara peribadi kepada Alexis Sanchez kerana insiden itu. Dia akui kelakuannya kali ini sangat teruk kerana terbuai emosi sehingga tidak sedar bahawa dia sedang dirakam kamera.

Atletico Madrid mara ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah. Piala yang menjadi idaman Diego Simeone bersama dengan Atletico Madrid.

Griezmann kembali menjadi nadi Atletico setelah kepulangan semula beliau ke kelab itu dari Barcelona pada musim lalu.

Dia kini merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk kelab tersebut. Menjadikan dia sebagai salah seorang legenda hidup kelab.

Sementara itu, Alexis Sanchez dan Inter Milan kini pada landasan terbaik untuk menjuarai Scudetto sekali lagi.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan