Antoine Griezmann menyatakan bahawa UEFA sebenarnya ada banyak duit namun masih tidak banyak yang mereka laburkan dalam teknologi.
Griezmann tidak berpuas hati kerana teknologi sedia ada menurutnya masih gagal membantu pengadil di atas padang.
Setakat ini, UEFA telah menggunakan teknologi seperti VAR dan Teknologi Garisan Gol serta pengesan ofsaid separa automatik. Griezmann masih tak berpuas hati dan meminta lebih banyak lagi.
Griezmann kecewa kerana gol kemenangan mereka ketika menentang Greece dinafikan oleh pengadil. Dan keputusan berakhir 2-2.
Menurut pemain itu, pengadil di Eropah ketika ini agak tidak memuaskan dan memerlukan bantuan lebih banyak peralatan teknologi.
Griezmann berkata: “UEFA mempunyai banyak wang dan tidak boleh melakukan semua perkara supaya kita tahu sama ada ada ianya gol atau tidak.”
“Kami perlu menuntuk lebih banyak daripada UEFA. Jika mereka mahukan kami bermain lebih banyak perlawanan, maka kami mahu meminta lebih banyak teknologi.”
Antoine Griezmann: “UEFA has a lot of money and they can’t get everything sorted… so we know if there was a goal or not”.
“We need to demand more from UEFA”.
“If they want us to play more matches, then we ask for more technology”. pic.twitter.com/RACGaUt9KT
— FOOTBALLTUBE (@Galaticos1169) November 23, 2023
Deschamps menyuarakan sentimen itu, menyesali ketiadaan teknologi garisan gol dalam pertemuan antarabangsa yang begitu penting. Insiden itu menimbulkan kebimbangan mengenai ketiadaan bantuan teknologi sedemikian, terutamanya dalam permainan yang mempunyai kepentingan yang besar.
Teknologi garisan gol memang masih banyak pertandingan tidak menggunakannya berbanding VAR. Misalnya La Liga, tiada GLT ini.
Komen Griezmann itu bagaimanapun tidak dipersetujui segelintir pihak yang menyatakan teknologi yang sedia ada sudah cukup besar impaknya mengambil tugasan pengadil.
Jika ditambah lagi, mungkin selepas ini bola sepak benar benar menjadi seperti video game yang menggunakan AI.