Penyerang antarabangsa Perancis dan juga Barcelona iaitu Antoine Griezmann menyambut kehadiran cahaya mata baru, Alba Griezmann dan yang ketiga dalam hidupnya pada 8 April 2021.
🍼 Alba Griezmann 8 avril 2021 à 10h24. ❤️
— Antoine Griezmann (@AntoGriezmann) April 8, 2021
Menarik dan uniknya bayi tersebut merupakan cahaya mata ketiga Griezmann dan isterinya yang lahir pada tarikh yang sama, 8 April.
Anak sulung Antoine Griezmann, Mia Griezmann lahir pada 8 April 2016, sementara anak kedua beliau, Amaro Griezmann lahir pada tarikh sama, tahun 2019.
Antoine Griezmann has become a father for the third time. All of his children were born on the same day:
April 8. 2016 👶
April 8. 2019 👶
April 8. 2021 👶 pic.twitter.com/Ov50F6J3dT— ESPN FC (@ESPNFC) April 8, 2021
Nampaknya senang la mereka nak raikan harijadi kan? Tapi nak dapat tarikh tepat tepat macam tu adalah perkara mustahil yang tak mustahil (possible impossible kata orang putih).
Barcelona mengucapkan tahniah di atas kehadiran cahaya mata tersebut. Dan Griezmann dilaporkan diberikan cuti kelepasan khas daripada tugasan el clasico pada Sabtu ini di Stadium Alfredo Di Stefano.
Griezman berkongsi detik gembira itu dengan para peminatnya menerusi media sosial.
Griezmann memang family man. Griezmann sebelum ini meraikan golnya dan didedikasikan kepada cahaya mata yang bakal lahir itu dalam aksi menentang Osasuna.
Anak sulungnya turut meraikan dengan ayahnya di hadapan tv.
Bercakap kepada Mundo Deportivo, Griezmann berkata: “Saya tak pasti sama ada bola itu masuk atau tak, nasib baik ianya masuk dan kami meneruskan rentak kemenangan. Saya gembira dengan reputasi pasukan kami.”
“Pagi ini saya menikmati sarapan pagi dengan anak perempuan saya dan saya bertanya, macamana keraian yang dia nak saya buat kalau saya skor, dan dia minta saya lakukan begini [menunjukkan keraian].”
Tahniah kepada Griezmann. Satu ayat untuk kamu: Power!