Griezmann Secara Terangan Nak Rembat Nombor Coutinho

Antoine Griezmann menyatakan beliau sudah memberitahu Barcelona bahawa beliau mahukan nombor 7.

Ini kerana beliau melihat bahawa dirinya sebagai pemain yang akan bermain untuk Barcelona bagi jangka panjang.

Nombor 7 merupakan nombor yang signifikan dengan Griezmann ketika di Atletico dan juga Perancis.

Griezmann diberikan nombor 17 ketika menyertai Barcelona kerana nombor 7 ketika itu milik Philippe Coutinho.

Griezmann menyertai Barcelona dengan perpindahan bernilai €120 juta. Tetapi beliau hanya menjaringkan 8 gol daripaa 26 penampilan La Liga untuk Barcelona.

Eric Olhats, pemantau bakat yang membantu mengketengahkan bakat Griezmann memberitahu Mundo Deportivo minggu lalu, bahawa beliau melihat Griezmann tidak begitu gembira dan menikmati detik bermain di Barcelona.

Barcelona kini dikaitkan dengan Lautaro Martinez dan juga mahu mendapatkan Neymar.

Paling sedih, Barcelona dikatakan terbuka untuk menawarkan Griezmann dalam perjanjian untuk membawa pulang semula Neymar bagi menambah dana.

Tetapi, Griezmann pula mahu terus kekal bersama Barcelona. Beliau mahu membuktikan kemampuan sebenar beliau — bahawa beliau mampu untuk menjadi pemain penting Barcelona.

Malah kini, beliau mahu meminta jersi no.7 yang secara rasminya masih milik Philippe Coutinho.

Situasi Coutinho yang rumit

Coutinho ketika ini masih dipinjamkan ke Bayern Munich. Namun kelab gergasi Jerman itu enggan  membeli pemain itu secara tetap selepas aksi tak konsisten beliau.

Coutinho pula membayangkan beliau mahu meninggalkan Barcelona dengan destinasi utama pilihannya Liverpool.

Tetapi Liverpool buat masa ini tidak berminat dengan pemain tersebut yang terlalu mahal.

Di mana Barcelona mahukan nilai keseluruhan perpindahan hendaklah tidak bawah daripada €140 juta — harga yang dibayar oleh Barcelona kepada Liverpool ketika membeli pemain itu dahulu.

Leicester dilaporkan berminat dengan Coutinho. Brendan Rodgers mahu membantu pemain itu kembali semula ke prestasi terbaiknya.

Pengendali baru Barcelona, Quique Setien pada awalnya menyatakan mahu memberikan Coutinho peluang untuk menyertai skuadnya musim hadapan.

Tetapi selepas itu, Setien mahu menjual Coutinho untuk menambah dana perpindahan kelab bagi mendapatkan beberapa lagi nama besar.

Griezmann secara terbuka nak nombor 7

Griezmann melihat jersi no.7 itu tidak akan bertuan pada musim hadapan.

Bercakap kepada peminatnya ketika sesi perlawanan eSports, Griezmann berkata:

“Saya nak pakai balik nombor tujuh di belakang saya.”

Namun buat masa ini, Griezmann dan rakan rakannya masih bercuti kerana wabah koronavirus. Di mana Sepanyol masih lockdown.

Beliau berkata: “Saya ok saja kuarantin. Cuma masalahnya, tak dapat buat banyak perkara.”

“Benda paling saya rindu adalah bola sepak. Saya tak tahu bila liga akan bersambung. Dan saya tak tahu bila saya akan kembali berlatih.”

Antoine Griezmann yakin beliau akan terus kekal di Barcelona dan menjadi pemain yang akan meledak banyak gol untuk pasukannya selepas ini.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan