Guardado Nafi Ejek Juan Jordan: ‘Cuma Kebetulan Je’

Pemain veteran Mexico, Andres Guardado telah dikecam hebat selepas dia mempersendakan Joan Jordan dengan mengajuk cara pemain itu jatuh ketika dibaling objek.

Kelmarin, perlawanan antara Real Betis dan Sevilla dalam pusingan 16 terakhir Copa del Rey, yang berlangsung di Stadium Benito Villamarin terpaksa dihentikan pada minit ke-39.

Ini selepas pemain Sevilla dibaling batang besi yang tepat ke kepalanya dalam aksi derbi tersebut.

Kelakuan ganas dan biadab penyokong Real Betis itu membuatkan pegawai perlawanan memutuskan untuk menghentikan perlawanan dengan laporan lengkap kejadian sudah pun dihantar kepada RFEF.

Segalanya bermula apabila minit ke-35, Papu Gomez menjaringkan gol untuk Sevilla. Namun gol tersebut disamakan oleh Nabil Fekir selang beberapa minit kemudian.

Ketika pemain pemain Real Betis meraikan gol mereka, penyokong Betis pula membaling objek ke arah pemain Sevilla. Paliang dahsyat adalah batang besi yang dibaling ke arah pemain Sevilla dan terkena kepala Juan Jordan.

Jordan yang terkena besi tersebut terus terbaring menahan kesakitan. Pengadil perlawanan, Ricardo de Burgos Bengoetxea kemudian meniup wisel dan memberi isyarat supaya pasukan perubatan segera bertindak, dan Jordan akhirnya diberi rawatan rapi.

Pengadil juga menyerahkan objek tersebut kepada pegawai di stadium dan selepas berbincang lanjut dengan jurulatih masing-masing, keputusan telah diambil untuk menangguhkan perlawanan.

Persekutuan bola sepak Sepanyol (RFEF) juga secara rasmi mengumumkan bahawa perlawanan itu telah dihentikan serta merta dan digantung dahulu, tanpa memberikan butiran lanjut mengenai bila ia akan disambung semula.

Saksikan di sini detik gila itu:

Dan awal pagi tadi waktu Malaysia, aksi antara Real Betis dan Sevilla di sambung balik. Di mana Real Betis berjaya mara ke suku akhir selepas menewaskan Sevilla dalam Copa del Rey.

Guardado telah ditangkap kamera berpura-pura menjatuhkan dirinya dengan membaling botol air ke kepalanya sendiri, sehari selepas Jordan di Sevilla terkena batang besi yang dilemparkan dari tempat duduk di Estadio Benito Villamarin.

Kemenangan derby dengan skor 2-1 disambut meriah oleh Betis, dan tingkah laku Guardado secara meluas dianggap sebagai membahan serta mengejek Jordan, yang dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut pada hari Sabtu dan tidak beraksi apabila perlawanan disambung semula pada Ahad.

Ramai peminat Betis sendiri mengecam tindakan Guardado yang dianggap melampau. Walaupun bola sepak seringkali ada banter dan troll antara peminat, namun untuk seorang pemain profesional mempersendakan kesakitan pemain lain kerana keganasan penyokong, ianya dianggap melampaui batas.

Nafi ejek Jordan, cuma kebetulan je

Guardado kememudian menafikan dia mengejek Juan Jordan. Sebaliknya dia hanya bergurau dengan rakan rakannya. Dan jika ada yang merasakan apa yang dia lakukan seolah olah merujuk kepada insiden sebelum ini, maka itu cuma satu kebetulan sahaja.

Dia sama sekali tidak tahu bahawa Juan Jordan mengalami kecederaan serius. Kalau dia tahu, dia tak akan melakukan aksi terjatuh terkena botol yang mirip dengan apa yang berlaku kepada Juan Jordan yang terkena besi.

Dia mengeluarkan respons di Instagram pada petang Ahad selepas datang untuk kritikan, berkata:

“Seville berwarna hijau dan putih… dan saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan video itu bahawa dari apa yang saya lihat, semua orang yang tidak mengenali saya telah menafsirkannya dengan cara yang salah, walaupun boleh difahami sepenuhnya dari konteksnya.”

“Itulah sebabnya saya ingin menyatakan dengan tegas bahawa saya tidak sekali-kali mempersendakan apa yang dialami oleh Jordan … bahawa ia adalah satu insiden yang tidak sepatutnya dialami di padang bola sepak dan ia adalah malang dan memalukan!”

“Percayalah, jika saya tahu bahawa Jordan benar-benar teruk, saya tidak akan melakukannya [keraian jatuh terkena botol]!”