Guardilola: Semua Trofi Kami Dah Sapu, Pencapaian Terbaik Kelab Inggeris!

Pep Guardiola ternyata puas hati dengan kejayaan Man City melengkapkan koleksi trofi dalam kelab itu pada eranya. Di mana City menewaskan Fluminese dengan mudah dalam aksi Piala Dunia Kelab 2023 untuk bergelar juara dunia untuk kelab.

Musim lalu, Man City menamatkan saingan dengan treble. Dan musim ini memulakan kempen dengan kejuaraan Piala Super Eropah.

Kini mereka bergelar juara dunia. Man City sudah memiliki kesemua koleksi piala utama sejak di era Guardiola terutama sekali UCL yang sebelum ini sangat sukar untuk mereka gapai.

“Ia adalah tahun yang luar biasa untuk kami,” kata Guardiola.

“Hari ini kami menutup bab ini. Di mana kami sudah pun memenangi semua piala yang kami dapat. Kini tiba masanya untuk mencuba lagi.”

Pep Guardiola kemudian menegaskan bahawa  Man City kini melakukan pencapaian terbaik di kalangan kelab Inggeris di dalam sejarah. Tiada kelab Inggeris yang mampu melakukan pencapaian mereka.

Mereka menjadi kelab Inggeris pertama menjulang 5 trofi dalam satu tahun yang sama.

“Saya nak cakap, kami memang ada merasakan keyakinan untuk memenagi Piala Dunia Kelab ini, kami memenagi segala trofi yang ada. Saya ada satu perasaan menyatakan bahawa misi kami sudah selesai, ianya sudah berakhir. Saya sangat berbangga dengan kelab ini.”

“Ini adalah satu perkara yang tiada lagi kelab Inggeris lain dapat mencapainya.”

Penjaring gol Phil Foden, pada kesempatan yang sama, berkata betapa gelaran ini sangat penting untuk Man City.

“Ia adalah permainan yang sukar dipercayai. Permainan yang adil kepada mereka, saya suka cara mereka bermain dengan bola pendek, mereka tidak memudahkan kami.”

“Tetapi bukan sahaja pemain menunjukkan kualiti, menunjukkan semangat dan keazaman, kami juga tidak biasa dengan bahang. Saya gembira dengan keputusan itu.”

“Ia sangat penting untuk kelab. Saya gembira. Ia besar untuk kelab.”

Pep Guardiola kini sudah bergelar juara dunia sebagai pengurus kelab sebanyak 4 kali dalam kariernya. Dan menjadi pengurus pertama melakukannya bersama dengan 3 kelab yang berbeza. Dia memenanginya bersama dengan Barcelona (2 kali), Bayern Munich dan kini Manchester City pula.

Man City akan kembali semula ke kancah domestik dan eropah dalam misi mempertahankan EPL dan Liga Juara Juara Eropah mereka.