Guardiola akhirnya membuka mulut dan memberikan komennya mengenai perpindahan Lionel Messi ke Manchester City yang gagal.
Guardiola menyatakan beliau berusaha menjaga jarak dirinya untuk mengelakkan suasana menjadi lebih teruk.
Hal ini kerana, Guardiola juga merupakan individu yang ada perkaitan sangat dekat dengan Barcelona.
Spekulasi mengenai masa depan Messi menjadi panas beberapa minggu yang lalu. Dilaporkan kapten itu muak dengan kepimpinan presiden Josep Maria Bartomeu dan akhirnya memberontak.
Messi akhirnya menghantar faks yang menyatakan hasratnya mahu pergi secara percuma menerusi satu klausa khas.
Klausa itu menyatakan Messi boleh pergi secara percuma pada akhir musim [setiap musim] selepas dia berusia 32 tahun dan selebihnya.
Klausa itu mulai aktif pada tahun 2019, namun ketika itu Messi tidak mahu menggunakannya.
Kali ini lain pula ceritanya.
Namun usaha Messi itu gagal selepas Barcelona berkeras menolak permintaan Messi.
Barca hanya akan melepaskan Messi jika pemain itu ditebus oleh mana mana kelab dengan klausa pelepasan €700 juta.
Barca mendakwa klausa Messi pergi percuma itu hanya terpakai sebelum 10 Jun setiap musim. Perkara itu amat rumit, sehinggakan Messi awalnya mahu melantik peguam untuk memastikan dia berhak mengaktifkan kluasa itu.
Hal ini kerana ianya sesuai dengan musim liga musim lalu yang dianjakkan lagi sehingga ke Ogos.
Man City merupakan salah satu daripada sebilangan kelab yang terus dikaitkan dengan Messi. Ini kerana, Man City mempunyai kekuatan kewangan yang cukup untuk membayar harga Messi yang sangat mahal.
Sekarang, Guardiola mengakui dia tidak mahu membesar-besarkan perkar itu lagi. Guardiola percaya bahawa Messi telah menjelaskan perkara itu dengan selengkapnya menerusi wawancara khas bersama Goal.
“Saya tidak perlu menjelaskan apa-apa lagi. Leo telah menjelaskannya dengan baik dan saya rasa saya tidak perlu menambahkan apa-apa,” kata Guardiola kepada Goal.
“Saya tidak perlu menambah apa-apa untuk isu itu. Dia adalah pemain Barcelona, yang juga merupakan kelab yang saya cintai.”
🔵 @ManCity begin their new 🏆 @premierleague campaign this week at the Molineux against 🐺 @Wolves! ⚽️
But Pep Guardiola will know their season could have been a whole lot different had a certain 🔴🔵 @FCBarcelona star managed to join them! 🐐https://t.co/2n6aMm5BBq
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) September 19, 2020
Walaupun Messi menyatakan beliau telah memutuskan untuk kekal, namun cabaran seterusnya Barca adalah cuba meyakinkan pemain itu untuk menandatangani kontrak baharu.
Jika tidak menandatangani kontrak pada musim ini, Messi akan pergi secara percuma pada musim lalu.
Lalu wartawan bertanya, ada tak kemungkinan Messi akan datang ke Man City secara percuma?
“Saya tidak tahu, ini adalah pertanyaan untuk Leo Messi. Saya tidak boleh bercakap tentang niat orang lain,” jelas Guardiola.
Messi akui buat u turn kerana keluarganya
Messi sebelum ini ada meluah dalam wawancara khas berkenaan dengan situasinya.
Lionel Messi akhirnya memutuskan untuk terus kekal di Barcelona selepas drama yang agak panjangg kali ini.
Pemain yang digelar La Pulga itu menyatakan bahawa dia sedar bahawa mustahil untuk beliau pergi meninggalkan Barcelona dengan klausa pelepasan €700 juta musim ini.
Messi pernah menghantar faks yang berupa permohonan rasmi mahu mengaktifkan klausa pelepasan secara percuma dari Barcelona.
Namun Barcelona tetap tidak berganjak bahawa mereka tidak akan melepaskan Messi secara percuma dan menyatakan klausa itu hanya aktif pada Jun.
Messi awalnya melantik penasihat perundangan untuk melepaskan diri dari Barca. Ini kerana Messi menyatakan beliau berhak mengaktifkan klausa itu sejajar dengan musim yang dilanjutkan sehingga Ogos.
Messi menafikan bahawa pembantaian oleh Bayern Munich sebagai sebab utama beliau mahu pergi.
Tetapi menyatakan bahawa ada banyak perkara yang berlaku sejak akhir akhir ini membuatkannya bercelaru dan merasakan sudah tiba masanya beliau mahu pergi.
Messi's interview with Goal! pic.twitter.com/42vcFZrFlK
— Luis Llorente (@_Sportify) September 4, 2020
Selain itu Messi turut menyatakan bahawa faktor keluarga adalah paling utama membuatkannya terus kekal dan membuat pusingan U dalam keputusannya.
Menerusi satu wawancara eksklusif dengan Goal, Messi mengakui keluarganya sangat terkejut ketia dia menyatakan bahawa dia akan meninggalkan Barcelona.
“Ketika saya menyampaikan keinginan untuk pergi kepada isteri dan anak-anak saya, itu adalah drama yang kejam.”
“Seluruh keluarga saya mulai menangis, anak-anak saya tidak ingin meninggalkan Barcelona, mereka juga tidak ingin pindah sekolah,” kata Messi.
“Anak saya, keluarga saya, mereka membesar di sini dan berasal dari sini. Tidak ada yang salah dengan keinginan untuk pergi. Saya memerlukannya, kelab perlukannya dan itu adalah yang terbaik untuk semua orang.”
“Isteri saya, dengan semua rasa sakit di jiwanya , menyokong dan menemani saya,” tambah beliau lagi.
“Mateo masih kecil dan dia tidak tahu lagi apa ertinya pergi ke tempat lain. Thiago, dia lebih tua. Dia mendengar sesuatu di TV dan dan bertanya.”
“Mateo is still small and doesn't understand what it means to go elsewhere. Thiago yes, he is older. He heard something on TV and asked. I didn't want to move. He cried for me and said 'we are not going'. It was very difficult to make a decision.”
– Lionel Messi pic.twitter.com/Z0pWwbcq80
— Barça Worldwide (@BarcaWorldwide) September 5, 2020
“Dia menangis dekat saya dan berkata ‘jangan pergi’. Saya ulang! bahawa itu adalah sangat sukar.”
“Itu terjadi pada saya. Sangat sukar untuk membuat keputusan,” katanya.
“Tapi saya melihat lebih jauh dan saya ingin bersaing di level tertinggi, memenangi gelaran, bersaing di Liga Juara Juara Eropah.”
“Kamu mampu menang atau kalah di dalamnya [persaingan], kerana itu persaingan yang sangat sukar, tetapi anda harus terus bersaing,” jelasnya.
“Sekurang kurangnya bersaing sengit untuk itu dan bukannya berantakan seperti di Roma, Liverpool, Lisbon. Semua itu membuatkan saya berfikir tentang keputusan yang ingin saya lakukan,” kata Lionel Messi.
Messi lupakan tawaran €700 juta
Keputusan Messi itu bermakna dia telah melupakan tawaran yang dilaporkan sudah dipersetujuinya secara lisan dengan City.
💙❤️ Leo #Messi: “I will give it my all. My love for Barça will never change.” pic.twitter.com/xBh29dTqpr
— FC Barcelona (@FCBarcelona) September 4, 2020
City sanggup membayar pakej kontrak keseluruhan bernilai €700 juta. Angka yang sama dengan klausa pelepasan di Barcelona.
Seperti yang dilaporkan oleh Duncan Castles dari Daily Record, pemilik City dan Messi telah bersetuju dengan syarat untuk perjanjian lima tahun bernilai €700 juta (£623 juta).
Tawaran itu akan menyaksikan Messi bermain tiga tahun di Liga Perdana Inggeris dengan Man City dan dua tahun lagi dengan New York City FC – yang juga dimiliki oleh City Football Group (CFG).
Sumber yang sama juga melaporkan bahawa Messi akan ditawarkan saham ekuiti dalam CFG sebagai sebahagian daripada pakej pampasannya.
Ini adalah tawaran kontrak yang akan mengukuhkan status pemenang Ballon d’Or enam kali sebagai pemain bola sepak terbaik di dunia dan menerima gaji sangat lumayang sepanjang baki kariernya.
Messi terdesak untuk bekerja di bawah Guardiola lagi, kerana Guardiola pernah mengeluarkan bola sepak yang terbaik darinya, dan dia ingin mengulanginya.
Presiden Josep Maria Bartomeu “tidak mahu dikenang sebagai presiden yang menjual Messi”.