Guardiola Akui Cole Palmer Berpindah Ke Chelsea Untuk Cari Minit Permainan

Pep Guardiola mengakui bahawa Cole Palmer tidak memiliki minit permainan yang cukup untuk mencapai tahap terbaiknya, dan itu menyebabkan pemain itu mahu angkat kaki.

Namun pengurus itu tidak menyalahkan pemain itu. Kerana itu sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai jurulatih dalam memberikan peluang dan minit permainan kepada pemain pemainnya.

Malangnya, situasi di City, Pep Guardiola tersepit dalam membuat keputusan. Kerana dia memiliki terlalu banyak pilihan lain.

Guardiola menegaskan, Phil Foden antara contoh pemain yang diberikan minit secukupnya dan dia mencapai potensinya.

Baru baru ini Rio Ferdinand melabel Phil Foden sebagai pemain berkelas dunia.

Guardiola juga yakin pemain itu akan terus kekal di City jika dia diberikan minit seperti yang Foden dapat. Kerana pemain itu selesa di Man City sebelum ini.

Pemain itu akhirnya memutuskan untuk berpindah ke Chelsea untuk mencari minit permainan. Dan kini dia menjadi pemain penting di Stamford Bridge.

Guardiola tidak setuju dengan komen bahawa Cole Palmer dan Jadon Sancho antara contoh pemain yang tidak sabar seperti Foden.

Sebaliknya menurut Guardiola, kesalahan itu harus diletakkan di bahunya. Pemain pemain tersebut hanya mahukan minit permainan. Dan itu perkara biasa dalam bola sepak.

“Tak tak, bukan begitu. Foden ada minit lebih banyak daripada Sancho dan Palmer selepas mereka graduasi dari akademi,” tegas pengurus yang memenangi treble bersama City itu.

Mengulas lebih lanjut tentang Cole Palmer, Guardiola berkata: “Jika Palmer mendapat minit seperti yang saya berikan kepada Foden sejak dari awal, dia akan terus kekal di City.

“Namun saya yang tidak dapat memberikannya, dan saya yang bertanggungjawab untuk perkara itu.

“Kenapa? Sebab saya ada Bernardo, Mahrez dan Foden. Itulah yang berlaku pada masa itu. Saya pilih pemain lain.”

“Ada juga momen yang tiba, selepas satu musim, itu bagus, musim kedua juga. Namun selepas musim ketiga, pemain mulai berkata: ‘Saya nak bermain, saya tak nak duduk bangku simpanan lagi’. Dan perkara ini normal.

“Kami faham dan dia ada menerima tawaran yang baik. Dia kini berada di kelab hebat seperti Chelsea. Kami gembira untuknya.”