Guardiola Akui Dia Hebat Hanya Kerana Mempunyai Wang Bersama Pasukan Kuat

Pep Guardiola telah berjaya dalam kerjaya pengurusannya. Pengurus kelahiran Santpedor itu telah memenangi segala-galanya ketika menjadi pengurus Barcelona.

Selepas menyertai kelab Catalan itu pada tahun 2008, Guardiola telah memenangi 14 trofi dalam kerjaya empat tahun beliau menjadi pengurus kelab itu.

Beliau telah mendapat empat gelaran La Liga dan dua Liga Juara-Juara.

Selama mengurus Barcelona, beliau telah membantu Barcelona menunjukkan taktikal dan corak permainan diantara yang terbaik di dunia.

Guardiola kemudian berhijrah ke Bayern Munich pada tahun 2013, di mana beliau telah memenangi Bundesliga dalam setiap tiga musim beliau di sana.

Dan beliau juga dominan di England dengan Manchester City. Sejak menyertai pasukan City pada 2016, beliau telah memenangi tujuh trofi dengan The Citizens.

Antara tujuh trofi itu beliau telah berjaya memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris.

Ramai yang telah menganggap bahawa Guardiola adalah pengurus terbaik di dunia. Walaubagaimanapun, itu bukan pandangan yang disokong oleh semua.

Ada yang mengatakan bahawa Guardiola hanyalah seorang pengurus buku cek. Seseorang yang berjaya kerana beliau mempunyai suntikan modal untuk dibelanjakan.

Oleh itu, Guardiola telah dirujuk sebagai ‘Fraudiola’ dan ‘botak penipu’ oleh pengkritiknya.

Tetapi apa yang difikirkan Guardiola?  Adakah beliau fikir bahawa beliau adalah pengurus terbaik di dunia?

Lelaki berusia 49 tahun itu telah menjawab soalan itu dalam temu bual baru-baru ini dan nampaknya dia bersetuju dengan pengkritiknya.

“Saya tidak pernah merasakan saya sebagai pengurus terbaik di dunia”

“Walaupun saya memenangi enam gelaran Liga berturut-turut dan trebles,saya tak rasa saya terbaik”.

Katanya lagi:

“Saya menang kerana saya mempunyai pemain yang luar biasa di kelab-kelab besar. Pengurus luar biasa tidak mempunyai pemain-pemain seperti saya miliki bahkan mereka tidak memiliki kelab yang mahu melabur untuk mereka seperti saya”.

“Saya seorang pengurus yang baik, tetapi bukan yang terbaik. Memberi saya peluang untuk melatih pasukan yang tidak seperti Manchester City pasti saya tidak akan menang.”

Kata-kata yang sangat merendah diri dari Guardiola. Kata-kata beliau mungkin akan terngiang-ngiang di telinga para pengkritiknya.

Beliau tidak menafikan kritikan bahkan beliau bersetuju dengan kritikan diberi.

Namun beliau mungkin agak terlalu keras terhadap dirinya sendiri. Beliau telah menghabiskan banyak wang dalam kerjayanya, itu pasti.

Beliau juga mempunyai manfaat untuk membawa beberapa pemain yang luar biasa apabila menyertai sesuatu kelab.

https://twitter.com/360Sources/status/1227301272845312000?s=19

Walaupun beliau sangat kritikal terhadap dirinya, Guardiola telah mengubah bola sepak dengan gaya ‘tiki-taka’ yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Beliau juga telah mencipta sebuah pasukan biasa menjadi pasukan terbaik yang pernah dilihat. Beliau juga telah banyak memecahkan rekod bersama Manchester City musim lalu.

Kita tidak akan pernah tahu bagaimana  Guardiola boleh menjadikan pasukan yang beliau latih menjadi pasukan terbaik di dunia.

https://twitter.com/BPLAfrica_/status/1227991508588138501?s=19

Tetapi ada alasan mengapa semua kelab terbaik di dunia menginginkannya sebagai pengurus mereka.

Mungkin kerana beliau sentiasa berada di kedudukan yang terbaik maka beliau sentiasa menjadi pujaan untuk menyertai pasukan terbaik.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil