Guardiola Akui Gentar Dengan Satu Kekuatan Utama Arsenal Ini

Pep Guardiola akui sangat bimbang dengan  satu kekuatan utama Arsenal musim ini.

Manchester City kembali merapatkan jurang mata kepada 1 mata selepas kemenangan 5-1 ke atas Wolves.

Namun City masih ada satu baki perlawanan dalam tangan berbanding dengan Arsenal.

Walaupun begitu, Guardiola akui Arsenal masih lagi pasukan yang sangat sukar untuk dibendung pada ketika ini.

Kekuatan utama Arsenal yang menakutkan Guardiola adalah prestasi mereka di hadapan gol. Yang membawa kepada jurang perbezaan jaringan sangat besar.

Selain itu, Arsenal juga menjadi pasukan yang terbaik dari sudut bertahan. Melepaskan bolos paling sedikit. Penjaga gol David Raya telah menjadi pemenang Sarung Tangan Emas EPL secara rasminya.

Jelas Guardiola sedar bahawa, jika kedua dua pasukan terikat mata, maka Arsenal sangat selesa untuk bersaing dari sudut perbezaan jaringan.

Sebagai perbandingan, Perbezaan jaringan milik Arsenal adalah 60. Dan Man City adalah 54.

Guardiola berkata: “Sejak selepas rehat musim sejuk, Arsenal bermain dengan sangat baik. Prestasi mereka luar biasa dan konsisten.

“Kami tidak boleh terikat mata dengan mereka kerana kerana adalah hampir mustahil untuk mengejar perbezaan jaringan milik mereka.”

Sebelum ini Mikel Arteta pernah memberitahu bahawa mereka akan memandang serius aspek perbezaan jaringan yang mungkin boleh menjadi penentu kepada kejuaraan.

Dan prestasi Arsenal di hadapan gol benar benar tak dapat dibendung.

Arsenal dan City akan meneruskan persaingan mereka dalam perebutan juara. Dengan satu lagi pasukan, Liverpool dilihat sudah semakin mustahil untuk bersaing.

Arsenal kali terakhir memenangi liga adalah pada 2004 iaitu 20 tahun yang lalu.

Sementara Man City merupakan juara bertahan selama 3 musim berturut turut.