Pep Guardiola bangga dengan prestasi Manchester City sebagai sebuah kelab secara keseluruhannya.
Mereka bukan sahaja kelab yang bijak berbelanja, namun mendapatkan pulangan lumayan hasil daripada pelaburan besar mereka.
Pulangan itu bukan sahaja dari sudut kewangan namun dari segi pencapaian iaitu trofi.
Manchester City memberitahu dunia tentang bagaimana kebijaksanaan berbelanja itu penting untuk memenangi trofi.
Bukan semua perbelanjaan besar itu boleh membuahkan hasil.
Guardiola menjadi pengurus yang paling berjaya dalam sejarah Manchester City. Terutama sekali ketika membantu kelab menamatkan musim 2022/23 sebagai juara treble, dengan menjulang EPL, Piala FA dan kejayaan UCL sulung kelab itu.
Guardiola kemudian menggariskan tentang prestasi kewangan kelab itu sejak 2016. Di mana dia terbaca laporan bahawa mereka menjadi kelab keempat dalam senarai perbelanjaan bersih.
Namun dengan kedudukan keempat itu, mereka masih berjaya menjadi kelab paling banyak trofi di England sejak 2016.
Guardiola berkata: “Kami berada di sini untuk kemapanan Manchester City.
“Sebab itu sejak 2016, saya baca dalam laporan akhbar baru baru ini, menyatakan bahawa Manchester City berada dalam kedudukan keempat dalam perbelanjaan tertinggi untuk perbelanjaan bersih.
“Dan lihat pula jumlah trofi yang kami menangi. [Kami] bukan yang pertama, kedua atau ketiga [dalam perbelanjaan bersih].”
🔵 Pep Guardiola: “We are here for Man City’s sustainability. That’s why since 2016, I read lately in one newspaper, that Man City are the 4th team with the highest net spend in the PL”.
“And look at the amount of titles; not the 1st, not the 2nd, not the 3rd…”. pic.twitter.com/51m2KgxveA
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 11, 2024
Musim ini Guardiola dan Man City masih bersaing dalam EPL dan juga Piala FA. Ketika artikel ini ditulis, City berada di puncak liga dan berada di final Piala FA.