Penggantungan Manchester City dari menyertai sebarang kejohanan UEFA mendapat perhatian besar berikutan salah laku kelab tersebut dalam memalsukan jumlah wang dari penaja.
Salah seorang penyerang terbaik di Bundesliga kembali dikaitkan dengan Liverpool juga mendapat perhatian. Bundesliga mempunyai ramai penyerang no.9 yang baik seperti Lewandowski, Haaland dan Timo Werner.
2 berita ini dijangka akan terus mendapat perhatian bagi peminat bola sepak Inggeris.
Manchester City dan Guardiola
Pep Guardiola memberitahu rakannya bahawa beliau bercadang untuk kekal di Manchester City walaupun kelab ini dikenakan penggantungan 2 musim oleh UEFA.
Manchester City tidak dibenarkan bertanding dalam sebarang kejohanan anjuran UEFA seperti Liga Juara Eropah, Liga Ueropa dan Piala Super Eropah sehingga 2022.
Kontrak Guardiola di Manchester City akan tamat pada Jun 2021. Beliau akan bercakap mengenai isu ini pada Rabu nanti.
Kontraknya mempunyai klausa membolehkan beliau berhenti selepas musim ini, ia boleh diaktifkan jika Manchester City gagal dalam rayuannya di mahkamah tinggi sukan tara (CAS) dalam beberapa hari akan datang.
Bagaimanapun menurut sumber, pengurus yang berusia 49 tahun ini tidak akan melakukannya dan tetap komited dengan kelab tersebut.
Guardiola akan membincangkan perkara ini selepas menentang West Ham United pada pertengahan minggu ini.
Perlawanan tersebut yang sepatutnya dimainkan pada 9 Februari lepas namun ditunda kerana masalah cuaca buruk.
Liverpool, Liepzig dan Timo Werner
Ketua Pegawai Eksekutif RB Leipzig, Oliver Mintzlaff menegaskan bahawa Timo Werner gembira di kelab itu. Kelab dan pemain tersebut menumpukan perhatian pada baki musim ketika berita Liverpool berminat dengan penyerang itu mula tersebar luas.
Werner telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield. Terdapat dakwaan Liverpool telah berhubung dengan kelab Bundesliga itu semasa jendela perpindahan Januari.
Pemain berusia 23 tahun itu mempunyai klausa pelepasan bernilai £ 50 juta dalam kontraknya. Pelbagai laporan menunjukkan Jurgen Klopp dijangka mengaktifkan klausa itu untuk membawanya ke Anfield pada musim depan.
Bercakap selepas kemenangan 3-0 Leipzig ke atas Werder Bremen pada hari Sabtu lepas, Mintzlaff memberitahu Transfermarkt:
“Kami mendengar laporan ini setiap masa.
“Seseorang membuat (mengangkat cerita), dan semua orang (menyebarkan). Werner gembira di sini dan mahu bermain sepanjang musim.”
Terdahulu pada hari Sabtu lepas, terdapat laporan di Itali bahawa Liverpool telah memutuskan untuk memenuhi klausa pembelian Werner sebelum ia tamat pada bulan April ini.
Dilaporkan telah memasuki perbincangan yang serius dengan penyerang itu untuk berpindah.
Bagaimanapun, Mintzlaff dilaporkan memberitahu Transfermarkt bahawa Leipzig tidak mempunyai sebarang komunikasi dengan Liverpool mengenai minat mereka terhadap penyerang Jerman itu.
Sumber: BBC Sport, The Mirror