Guardiola: “Beri Perhatian, De Zerbi Salah Seorang Pengurus Yang Sangat Berpengaruh”

Pep Guardiola telah memuji Roberto De Zerbi, menyifatkan beliau sebagai “salah seorang pengurus paling berpengaruh dalam 20 tahun terakhir” ketika kedua dua pengurus itu bersedia untuk bertemu di tepi padang pada malam Rabu.

Juara baharu Manchester City akan melawat pasukan Brighton & Hove Albion yang baru sahaja layak ke Eropah buat kali pertama dalam sejarah mereka, hanya lapan bulan selepas De Zerbi mengambil alih.

“Tahniah kepada Brighton atas pencapaian luar biasa ini untuk masuk ke Eropah,” kata Guardiola di laman web rasmi Man City.

“Sila beri perhatian dengan apa yang saya nak cakap, kerana saya yakin dengan apa yang saya cakap ini, bahawa Roberto De Zerbi adalah salah seorang pengurus paling berpengaruh dalam 20 tahun lalu.”

“Brighton berhak mendapat pujian dan kejayaan.”

‘Tidak ada pasukan yang bermain seperti mereka bermain, ia unik.”

“Saya mempunyai perasaan apabila dia tiba, saya mempunyai idea kesan yang dia akan berikan kepada Liga Perdana Inggeris adalah hebat tetapi saya tidak berharap bahawa dia akan melakukannya dalam masa yang singkat.”

“Mereka mencipta secara purata 20 hingga 25 peluang setiap perlawanan. Mereka mendominasi bola dengan cara yang sudah lama tidak dilihat. Semua orang terlibat – penjaga gol adalah seperti pemain tengah defensif.”

“Jika anda tidak bermain di peringkat tertinggi, dia [De Zerbi] boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu menentang anda. Mereka adalah salah satu pasukan yang saya cuba belajar banyak daripada, pasukan yang unik.”

“Ianya macam restauran Michelin. Di Catalonia, ada El Bulli dengan Ferran Adira, yang merupakan tukang masak terbaik. Di mana dia menukar masakan secara total. Saya rasa Brighton unik dan istimewa.”

“Ia akan menjadi cabaran yang luar biasa untuk kami menjelang dua perlawanan akhir [dalam Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA].”

Guardiola terkenal dengan kegeniusan taktikal dan bola sepaknya yang berseni, dan dia melihat De Zerbi dengan cara yang sama.

“Brighton adalah mahir menghantar bola kepada seorang pemain yang tidak dikawal, mereka juga tahu bila untuk menghantar bola,” kata pengurus berasal dari Sepanyol itu.

“Mereka tahu bagaimana untuk bergerak pada masa yang sesuai. Mereka mempunyai tempo yang betul untuk menghantar kepada pemain yang tidak dikawal.”

“Betapa agresifnya mereka dengan bola yang mereka sambung daripada Graham Potter kerana saya fikir dia telah memasang sesuatu yang sangat bagus.”

Sebelum ini De Zerbi menyatakan bahawa, Guardiola banyak mempengaruhi falsafah taktikalnya.

Dia juga beberapa kali sudah berhubung dengan Guardiola, sama ada sebelum tiba di Brighton dan selepas dia tiba di kelab itu.

De Zerbi mempunyai prinsip yang jelas bahawa dia mahu menang dengan cara secantik yang boleh.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.