Guardiola: “Berkunjung Ke London Ambil Masa 4 jam 20 Minit, Meletihkan”

Pep Guardiola ada alasan tersendiri kenapa pasukannya kalah di tangan Tottenham Hotspur semalam.

Manchester City gagal memberikan respon yang mereka mahukan setelah Arsenal kalah mengejut di tangan Everton semalam.

Spurs turun tanpa kelibat Antonio Conte yang berehat selepas pembedahan mengejut.

Conte digantikan oleh pembantunya, Cristian Stellini yang berjaya mengendalikan taktikal Spurs yang stabil dan kompak serta sangat mengancam ketika serangan balas.

Bertempat di Stadium Tottenham, Harry Kane menjadi penjaring gol tunggal perlawanan selepas Spurs memanfaatkan kesilapan hantaran lemah Rodri.

Harry Kane kini menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di Spurs mengatasi Jimmy Greaves dengan 267 gol secara keseluruhan.

Kane juga menjadi penjaring ketiga mencapai angka 200 gol dalam EPL selepas Wayne Rooney dan Alan Shearer.

Satu rekod yang luar biasa untuk penyerang antarabangsa England itu.

Selepas tamat perlawanan Pep Guardiola menyatakan bahawa mereka keletihan kerana perjalanan yang memenatkan dari Manchester ke London.

Di mana jaraknya terlalu jauh. Untuk sampai ke hotel di London dari Manchester memerlukan lebih 4 jam perjalanan.

Guardiola berkata: “Datang dari Manchester ke London ibarat perjalanan ke Eropah Utara.”

“Ianya perjalanan sekitar 4 jam 20 minit untuk sampai ke hotel.”

“Ianya sangat memenatkan, saya minta maaf.”

Sebagai rekod, Manchester City di bawah kendalian Pep Guardiola tak pernah menang di Stadium Spurs yang baru. Mereka bertandang 5 kali setakat ini dan kalah kesemuanya.

Tidak dapat menjaringkan sebarang gol dan bolos 7 kali dalam tempoh tersebut.