Guardiola Bidas Keane Yang Label Haaland Setaraf Budak Divisyen 4

Pep Guardiola membidas Roy Keane yang melabel Haaland seperti penyerang divisyen 4 dalam aspek permainan keseluruhan.

“Di hadapan gol dia terbaik di dunia, namun secara keseluruhan, aspek permainan dia seperti pemain League 2 [div 4 Liga Inggeris],” kata Keane selepas aksi Man City dan Arsenal minggu lalu.

Guardiola kemudian tidak bersetuju dengan Keane sambil mengiktiraf Haaland sebagai penyerang terbaik di dunia. Haaland juga menurut Guardiola merupakan pemain penting membantu City memenangi treble musim lalu.

Bercakap kepada wartawan sebelum aksi menentang Aston Villa, Guardiola berkata: “Saya tak setuju dengan beliau. Ianya ibarat seperti saya kata: ‘Dia [Keane] adalah pengurus dari liga kedua atau ketiga – saya tak rasa begitu.’

“Haaland penyerang terbaik dunia dan membantu kami memenangi treble musim lalu. Dan alasan utama kami tak mencipta peluang adalah bukan salah Haaland. Kami bermain sangat baik menentang Arsenal.

“Saya dan tengok balik, kami cuma tidak cukup pemain di sepertiga akhir. Mungkin untuk kualiti dan skil yang berbeza yang kami ada. Saya terkejut dengan kritikan daripada bekas pemain. Daripada wartawan itu saya faham. Kerana wartawan tak pernah bermain bola sepak atas padang.

Manchester City masih dalam usaha untuk mempertahankan kejuaraan treble mereka. City menang 4-1 ke atas Aston Villa untuk memastikan mereka kini berada di tangga ketiga liga di belakang Arsenal dan Liverpool.

Baca yang lain