Playmaker sensasi Man City, Kevin De Bruyne sekali lagi terlibat dalam pertelingkahan tepi padang dengan Pep Guardiola.
Kali ini De Bruyne tidak berpuas hati ketika dikeluarkan Pep Guardiola dalam aksi di Anfield.
Guardiola mencabar De Bruyne untuk membuktikan bahawa dia silap selepas pertelingkahan tersebut.
KDB jelas tak gembira dikeluarkan awal dalam aksi seri 1-1 di Anfield. Dia menaikkan suaranya membantah keputusan Guardiola itu sebelum dia duduk di bangku simpanan.
Guardiola yakin bahawa dia membuat keputusan tepat membawa masuk Mateo Kovacic ketika Liverpool dilihat sedang berada di fasa lebih baik daripada City dan baru menyamakan kedudukan.
Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Guardiola menyatakan dia tak begitu ambil pusing dengan apa yang berlaku antara mereka.
Dan dia mencabar pemain itu untuk membuktikan bahawa dia salah.
Guardiola berkata: “Itu bagus. Lepas ni kita bagi dia peluang buktikan dirinya pada perlawanan akan datang. Dia perlu buktikan betapa salahnya saya hari ini.
“Kami perlukan pemain yang mampu menyimpan bola. Ini bukan tentang soal pressing semata mata.
“Kovacic sangat bagus dalam hal itu dan kami gembira dengan sumbangan Kevin. Tiada masalah di sini, kami ok.
Guardiola akui bahawa perlawanan ini sangat sukar. Dan berkata perlawanan ini menghiburkan penonton.
“Saya tahun Anfield ini sangat sukar. Sama juga ketika mereka ke Etihad, di sana pun sukar buat mereka. Liverpool tak menang lagi di sana 8 tahun. Kami buktikan bahawa kedua dua pasukan ini pesaing yang hebat.
“Saya lebih suka untuk menang namun mereka [Liverpool] sudah buktikan kualiti mereka dalam beberapa tahun ini. Jadi ini keputusan yang baik untuk semua orang.