Guardiola Hubungi Gundogan Untuk Terima Dia Pulang

Manchester City dilaporkan sedia untuk membawa pulang Ilkay Gundogan ke Etihad. Ini selepas Pep Guardiola berminat dengan idea kepulangan semula Gundogan. Laporan sebelum ini menyebut bahawa Gundogan sudah tidak mahu bermain untuk Barcelona. Dan dia minta untuk dilepaskan oleh kelab itu. Keutamaannya ketika ini adalah kepulangan semula ke Man City.

Dengan pilihan lain seperti Liga Saudi dan juga tawaran daripada Fenerbahce yang kini dikendalikan Jose Mourinho. Di mana kelab Turki itu sudah berbelanja sakan mendapatkan pemain pemain baharu.

Barcelona yang sebelum ini keberatan melepaskan Gundogan, telah merasakan langkah ini ada manfaat kepada kelab dari segi kewangan. Di mana mereka boleh mengurangkan kos gaji pemain – memandangkan Gundogan adalah penerima gaji tertinggi di Barcelona. Pada masa yang sama kelab itu sudah mendapatkan Dani Olmo yang sama posisi dengan Ilkay Gundogan.

Pemergian Gundogan juga akan memudahkan lagi urusan Barca mendaftarkan pemain dan juga melanjutkan kontrak pemain sedia ada. Barcelona masih berdepan kekangan had gaji yang sangat rendah untuk mereka. Kerana situasi ekonomi kelab yang masih belum pulih. Hansi Flick sebelum ini menyatakan bahawa dia benar benar menjangkakan Gundogan akan kekal di Barcelona dan menjadikan pemain itu sebagai salah satu teras penting dalam projeknya. Tetapi situasinya mulai berubah apabila pemain itu pula yang mahu meninggalkan Barcelona serta merta pada jendela perpindahan kali ini.

Baru baru ini Gundogan dikatakan kecewa namanya tidak ada dalam senarai pasukan untuk aksi pembukaan menentang Valencia. Ianya gara gara tindakannya yang meminta untuk dilepaskan oleh kelab itu beberapa hari sebelumnya.

Terbaru Fabrizio Romano melaporkan bahawa Man City sudah menghubungi Ilkay Gundogan untuk membincangkan perkara itu. Txiki Bergistrain dan Pep Guardiola mengetuai rundingan kali ini. Guardiola mahukan pemain tengah selepas Oscar Bobb mengalami kecederaan yang membuatkan dia berehat lama. Barcelona dan Man City masing masing menjangkakan pemain itu akan meninggalkan kelab Catalan tersebut. Namun begitu terdapat juga tawaran dari Saudi dan Qatar untuk Gundogan.

Seperti dilaporkan sebelum ini, keutamaan Ilkay Gundogan adalah Man City. Dia juga pada masa yang sama sudah mengumumkan persaraan daripada peringkat antarabangsa.

Gundogan menjadi pemain penting Guardiola sejak dia mengendalikan Man City. Dia juga menjadi kapten musim treble Man City sebelum ini. Guardiola sebelum ini pernah memujuk Gundogan untuk terus kekal di City. Namun pemain itu mahu menikmati pengalaman bermain di salah satu kelab terbaik di dunia iaitu Barcelona sebelum dia bersara.

Akhirnya dia menyertai Barcelona secara percuma. Tetapi selepas hanya semusim bersama Barca dia sudah mahu pulang semula ke Man City. Kelab yang dia sertai selepas meninggalkan Borussia Dortmund beberapa tahun lalu. Dan dia sudah dianggap legenda hidup di kelab tersebut.