Pep Guardiola menafikan bahawa dia adalah orang yang mahu menjual Cole Palmer ke Chelsea. Sebaliknya pemain itu sendiri yang mahu angkat kaki.
Cole Palmer menyertai Chelsea dengan nilai perpindahan £43 juta pada jendela perpindahan lalu selepas menjaringkan gol dalam Piala Super Eropah dan Perisai Komuniti.
Dia antara bakat muda yang dianggap luar biasa dalam bola sepak Inggeris. Namun peminat tidak gembira apabila Man City menjualnya ke Chelsea. Pep Guardiola menjadi mangsa fitnah kononnya dia tidak mahu pemain itu kekal.
Guardiola mendedahkan sebaliknya. Pemain itu sendiri datang kepadanya dan berkata dia tak mahu kekal di Chelsea dan mahu berpindah. Guardiola menyuruhnya bersabar kerana Riyad Mahrez sudah berpindah ke Arab Saudi dan pemain itu memiliki peluang untuk mendapatkan minit permainan serta bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama.
Guardiola berusaha memujuk pemain itu kekal, namun Cole Palmer berkeras memberitahu pengurus Man City itu bahawa dia masih berhasrat untuk meninggalkan City dan bermain secara tetap di Chelsea.
Guardilla berkata: “Cole tiba di sini dan menerima beberapa proses pembangunan dan kemudian selepas satu atau dua tahun berkata ‘Tidak, saya tidak mahu bermain di sini, saya tidak akan bermain di sini.’ Tetapi saya berkata ‘Riyad [Mahrez] akan pergi , kamu akan mendapat peluang di sini’.”
“Dan dia berkata ‘Tidak, saya tidak akan bermain di sini, saya mahu pergi,’ jadi saya berkata ‘OK, pergilah,'” jelas Guardiola. “Dia mendapat apa yang dia mahu. Ia bagus untuknya. Dia adalah pemain muda, bakat besar jika tidak dia tidak akan berada di sini. Dia seorang budak yang baik dan bermain dengan sangat baik.”
🔵 Guardiola on Palmer joining Chelsea: "After one or two years, he told me: I don’t want to play here".
"I said: Mahrez is leaving, you have a chance!".
"He told me: no, I want to leave!".
"I said: Ok, leave!".
"It's good for him. Good guy, really. Wish him all the best". pic.twitter.com/BTrvR0eh38
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 12, 2023
Guardiola juga ditanya sama ada dia pernah menghalang pemain daripada menyertai pasukan seteru mereka, Guardiola berkata: “Tidak pernah. Saya memberikan pendapat saya kepada kelab dan mereka memutuskan sama ada perpindahan itu sesuai dengan kedua-dua belah pihak dan pemain. ”
“Kenapa? Saya fikir itu bermakna anda adalah kelab kecil. Kelab besar, mereka tidak lebih peduli [soal orang lain], mereka membuat keputusan untuk manfaat ketiga-tiga pihak; pemain dan kedua-dua kelab, dan kadangkala ejen.”
“Jadi sebenarnya ia tidak menjadi masalah. Mereka mahu pergi ke Chelsea atau United atau Liverpool, apa pun, apa masalahnya? Mereka gembira berada di sana, kelab gembira dengan perpindahan itu. Kelab lain gembira dengan jumlah wang yang mereka belanjakan, tidak mengapa.”
🚨🚨🎙️| Pep Guardiola on clubs that don’t sell players to rivals: “I think that means you are a small club”
— CentreGoals. (@centregoals) November 11, 2023
Cole Palmer dan seorang lagi bekas bintang City, Raheem Sterling berpeluang untuk berdepan kelab lama mereka pada Ahad. Di mana City akan berdepan dengan Chelsea.