Guardiola: “Kami Mahukan Maguire Namun Kami Tarik Diri Sebab Harga Tak Masuk Akal”

Pep Guardiola beberapa tahun lalu pernah dikaitkan dengan usaha mendapatkan pertahanan Leicester Harry Maguire.

Ketika itu mereka bersaing dengan Manchester United. Dan akhirnya menarik diri selepas Leicester berkeras meminta £85 juta ataupun €100 juta untuk pemain itu.

Akhirnya Man United menuruti tanda harga tersebut dan membeli Harry Maguire  dengan menjadikan pemain itu sebagai bek tengah termahal di dunia.

Maguire bukan satu satunya pemain yang dimahukan Guardiola namun tidak ditandatangani kerana harga merapu di pasaran perpindahan,

Dua lagi nama disebut penguirus itu ialah Marc Cucurella dan Alexis Sanchez.

Man City dikaitkan dengan pembelian Lucas Paqueta. Di mana kelab sudah menawarkan kira kira £85 juta untuk pemain itu,

Namun West Ham mahukan £115 juta tetap untuk pemain Braazil tersebut. Rundingan kini berpotensi gagal. Selain daripada harga yang terlalu tinggi, pemain itu juga disabitkan dengan kesalahan perjudian.

Guardiola sebelum ini pernah menyatakan bahawa, Man City sudah ada harga mereka sendiri untuk pemain yang mereka mahukan.

Jika kelab penjual meminta terlalu tinggi maka mereka tidak akan meneruskan rundingan itu.

Terbaru Guardiola memberitahu wartawan: “Kami pernah mahukan Maguire dan kami tidak menandatanganinya kerana kami tidak mahu membayar yuran perpindahan yang diminta [Leicester].”

“Kami pernah mahukan Marc Cucurella namun kami tidak mahu membayar harga yang diminta [Brighton yang mahukan £55 juta].”

“Kami pernah menginginkan Alexis Sanchez, kami tak sanggup bayar harga diminta.”

“Kesimpulannya, kami cuma akan membayar apa yang kami rasa munasabah.”

Bulan lalu, Man City menarik diri daripada persaingan mendapatkan Declan Rice. Selepas West Ham meminta mereka membida sekurang kurangnya £105 juta – angka yang ditawarkan Arsenal pada masa itu untuk bidaan ketiga. Akhirnya City memutuskan bahawa pemain itu tidak bernilai £100 juta sama sekali dan mereka menarik diri.

Guardiola turut berpuas hati dengan kejayaan kelab untuk menjual pemain yang tidak mahu kekal di kelab itu.

“Dalam dua jendela perpindaha kami berjaya meraih £80 juta daripada penjualan pemain yang tidak mahu lagi kekal di sini.”

“Kami masih ada pemain akademi. Di mana dua atau tiga orang daripada mereka akan menjadi pemain berkelas dunia dalam beberapa tahun lagi.”

“Akademi kami sangat sangat bagus!”