Pep Guardiola dengan santai menjawab soalan wartawan tentang kekalahan pasukannya di tangan Newcastle pada pusingan awal Piala Carabao. Skuad bimbingan Guardiola, Man City kalah tipis hasil jaringan Isak.
Manchester City ternyata melalui perlawanan yang sukar ketika bertandang ke St James Park. Dengan mereka tidak dapat mencipta banyak peluang. Pengurus Man City memberikan pujian kepada Newcastle yang menurutnya telah menunjukkan aksi yang sangat baik.
Bagaimanapun, Guardiola tetap tenang menerima kekalahan itu.
FULL-TIME | Our @Carabao_Cup campaign comes to an end.
⚫ 1-0 🔵 #ManCity | @okx pic.twitter.com/PnRtglx2Vy
— Manchester City (@ManCity) September 27, 2023
Pengurus Man City itu memberitahu wartawan bahawa Manchester City sebenarnya tak pernah mensasarkan kejuaraan quadruple tetapi sasaran mereka adalah treble.
Guardiola berkata: “Kamu mesti fikir bahawa sasaran kami adalah quadruple [4 piala] bukan? Kami lebih daripada gembira dengan kejuaraan treble. Tahniah kepada Newcastle, mereka bermain dengan sangat bagus malam ini, kredit diberikan kepada mereka.”
🔵 Pep Guardiola on Man City out of the Carabao Cup: “You think the target was the quadruple? We are more than happy with the treble…”, says via @_joebray.
“Congratulations to Newcastle. They were very good tonight, credits to them”. pic.twitter.com/VipzKtBcha
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 27, 2023
Musim lalu City berjaya memenangi kejuaraan treble buat pertama kali dalam sejarah kelab itu. Man City menamatkan kempen musim lalu sebagai juara EPL, UCL dan Piala FA.
City memulakan musim ini sangat cemerlang di Liga Perdana Inggeris walaupun kehilangan perancang utama mereka, Kevin De Bruyne yang berehat panjang selepas menjalani pembedahan.
Aksi seterusnya, Man City akan berdepan dengan Wolves, Leipzig (dalam UCL). Kemudian akan berdepan Arsenal, Brighton, Young Boys (UCL), dan aksi derbi Manchester menentang Man United pada 29 Oktober.