Guardiola: Kami Tidak Akan Sentiasa Menang, Tapi Kami Sudah Menang 8 dari 10 Pertandingan Domestik

Pep Guardiola mengatakan pasukannya gagal menandingi keghairahan Liverpool untuk memenangi gelaran Liga Perdana selepas 2 tahun penguasaan mereka di pertandingan itu.

Skuad Guardiola memberi gelaran pertama kepada Liverpool sejak 30 tahun selepas tewas 1-2 kepada Chelsea di Stamford Bridge.

Penguasaan Manchester City dileburkan oleh Liverpool dengan catatan luar biasa melalui 28 kemenangan dalam 31 perlawanan.

Liverpool menjarakkan kedudukan dengan jurang 23 mata untuk berada di tangga teratas.

Angka itu memberi peluang kepada Liverpool memadam sejarah yang dilakar Manchester City, pada musim 2017/18 mereka menang liga dengan kutipan 100 mata.

Kini Liverpool sudah memiliki 86 mata dan masih mempunyai baki 7 perlawanan.

Guardiola mengakui para pemainnya agak bergelut untuk meniru kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh skuad Klopp.

“Mungkin kami tidak dapat menunjukkan semangat yang sama; Liverpool bermain seperti itu adalah peluang terakhir yang dimilikinya pada setiap perlawanan.” kata Guardiola.

“Dan mungkin kita tidak mendapat momen itu, terutamanya saat-saat penting pada separuh musim pertama.”

“Itu adalah hakikatnya, kami jauh ketinggalan. Liverpool sangat hebat dan konsisten sepanjang musim.”

“Kami banyak keciciran mata pada awal musim dan Liverpool langsung tidak mencicirkan sebarang mata”

Kejuaraan Liverpool hadir ketika liga masih berbaki 7 perlawanan. Pasukan itu berpeluang meleburkan rekod yang dilakukan oleh Manchester City pada 2 musim lepas.

Manchester City perlu lebih fokus dan lebih baik. Guardiola tahu tugas yang bakal dihadapi oleh pasukannya untuk kembali meraih gelaran pada musim depan.

“Kami perlu kembali pulih untuk cabaran musim depan, perlu lebih konsisten dan tidak mencicirkan mata seperti musim ini.”

“Itu adalah kenyataannya. 2 musim lalu kami berada 25 mata dihadapan Liverpool dan sekarang mereka berada di jarak ini.”

Guardiola sudah mengetahui kejuaraan kali ini akan dimiliki oleh Liverpool, mereka berada terlalu jauh didepan sebelum liga disambung.

Sekarang pengurus Manchester City ini mencabar para pemain bintangnya belajar dari pengalaman musim ini.

“Kami perlu mengambil pengalaman ini dari perspektif lain, merendah diri dan mengatakan kita tidak akan menang sepanjang masa.”

“Kemudian kita mesti belajar bagaimana mahu lakukan supaya keadaan ini tidak akan berlaku sekali lagi.”

Guardiola yakin dengan respon yang bakal ditunjukkan oleh pasukannya pada musim depan. Bagaimanapun pengurus ini mahu terus fokus kepada musim ini.

Mereka akan bermain di suku akhir Piala FA dan City masih berada dalam peringkat kalah mati liga juara-juara eropah.

Manchester City bakal terbang ke St James Park pada Ahad ini untuk menentang Newcastle United-Piala FA. Mereka juga sedang mendahului Real Madrid 2-1 di liga juara-juara eropah.

“Sekarang kita masih mempunyai 5-6 minggu untuk bermain, terutamanya pada Ahad ini dalam pertandingan Piala FA.”

“Sangat penting untuk mara ke separuh akhir Piala FA dan seterusnya liga juara-juara.”

“Saya tidak pernah fikir, kita akan akan sentiasa menang. Tetapi saya boleh katakan kami sudah menang 8 piala dari 10 pertandingan lepas.”

Manchester City menang Liga Perdana bagi musim 2017/18 dan 2018/19. Pasukan ini juga meraih gelaran Piala FA pada musim 2018/19.

Guardiola menambah 3 kejuaraan Piala Liga pada 2017/18, 2018/19 dan 2019/20. Seterusnya mereka melengkapkan 8 kejuaraan mereka di FA Community Shield 2018/19 dan 2019/20.

“Ini tidak pernah terjadi sebelumnya di negara ini-England. Anda tidak boleh menang sepanjang masa.”

Guardiola melihat kegagalan pasukan pada musim ini disebabkan kecederaan yang dialami Aymeric Laporte.

Pemain ini mengalami kecederaan serius dan perlu disisihkan dalam tempoh yang lama.

“Kami kehilangan 1 pemain pertahanan tengah yang penting. Itu merupakan masalah besar bagi kami.”

KEJAYAAN GUARDIOLA DI MANCHESTER CITY – 8 KEJUARAAN DOMESTIK

Liga Perdana 2017/18: Manchester City

Liga Perdana 2018/19: Manchester City

Liga Perdana 2019/20: Liverpool

Piala FA 2017/18: Chelsea

Piala FA 2018/19: Manchester City

Piala FA 2019/20: –

Piala Liga 2017/2018: Manchester City

Piala Liga 2018/19: Manchester City

Piala Liga 2019/20: Manchester City

Perisai Komuniti 2017/18: Arsenal

Perisai Komuniti: 2018/19: Manchester City

Perisai Komuniti 2019/20: Manchester City