Pep Guardiola simpati dengan Everton namun menegaskan bahawa kes kelab itu dan Man City adalah berbeza. Everton dipotong 10 mata selepas melanggar peraturan FFP.
Dan kini ramai pihak mempersoalkan kenapa Man City boleh terlepas sedangkan ada 115 kesalahan di bawah peraturan kewangan sejak 2008-2019?
Kemudian jawatankuasa bebas yang dilantik untuk menilai semula keputusan mahkamah rayuan masih belum bersuara. Dan Premier League dituduh pilih kasih dalam hukuman mereka.
Guardiola beberapa tahun lalu pernah menyatakan: “Saya sudah bercakap dengan pemilik kelab. Mereka memberitahu mereka sentiasa bersih dan tak melanggar undang undang. Jika mereka didapati bersalah kerana kesalahan FFP, hari ini mereka disahkan bersalah, esok juga saya letak jawatan.”
Man City kemudian mengelak hukuman walaupun didapati melakukan 115 kesalahan. Seterusnya untuk kes di UEFA, Man City berjaya merayu CAS dengan menyatakan kes itu sudah terlalu lama dan harus dikira kes lapuk. Dan mereka hukuman penggantungan 2 musim di UCL ditarik balik.
Guardiola tampil mempertahankan kelabnya dan percaya mereka benar benar bersih kerana sudah dilepaskan daripada sebarang kesalahan. Guardiola terus membidas 19 kelab EPL lain pada masa itu yang menurutnya cemburu dengan kejayaan City dan cuba merampas kejayaan mereka dengan tuduhan tidak berasas.
Ketika itu Guardiola berkata: “Kelab ini sudah membuktikan bahawa kelab tidak bersalah sepenuhnya. Kami sudah dikecam, dan kamu harus ingat bahawa ada 19 pasukan EPL telah menuduh kami, dengan kami tiada berdaya untuk mempertahankan diri.”
“Namun kami sangat bernasib baik kerana berada di negara yang hebat, mengamalkan prinsip, tidak bersalah selagi lagi tidak dibuktikan bersalah. Malangnya kami tidak mendapat peluang ini. Orang terus menghukum kami. Dan saya benar benar yakin kami tidak bersalah.”
Semalam Guardiola berdepan soalan yang sama tentang FFP sekali lagi selepas Everton dipotong mata. Jika didapati bersalah, Man City berdepan hukuman berat termasuk disingkirkan dari EPL dan dilucutkan kejuaraan.
Guardiola berkata: “Kenapa saya harus tak percaya dengan pertuduhan itu? Ianya tugas peguam untuk mempertahankan kelab mereka di hadapan juri. Saya tidak berubah fikiran, kami menunggu dan seterusnya kami menerima sebarang keputusan.”
“Saya tak akan memberikan sebarnag komen tentang Everton kerana saya tak tahu apa sebeanrnya berlaku di sana. Namun ini adalah dua kes yang sangat berbeza. Kes mereka tidak sama dengan kes kami.”
“Saya tahu ada orang cakap, kenapa City tidak ditendang ke Liga Kebangsaan [liga bawahan]. Namun siapa tahu kan?”
“Semua yang bercakap tentang perkara itu adalah mereka yang sebenarnya tak tahu pun apa sebenarnya berlaku. Saya tidak membaca tentangnya. Namun rasanya beberapa bulan lalu saya dah cakap kan? Jika kami melakukan kesalahan, maka kami akan dihukum.”
“Selepas apa yang berlaku, saya akan berada di sini. Kes untuk Everton, saya tak tahu apa sebenarnya berlaku namun ianya memang tak sama langsung dengan kamu. Sebab itu kamu tak boleh membandingkannya.”
Guardiola kemudian ditanya, masihkan dia ingat dengan kenyataan dia dahulu, di mana dia akan meninggalkan Man City serta merta, jika kelab itu dihukum kerana melanggar FFP. Guardiola menyatakan dia sudah mengubah pendiriannya. Kerana dia percaya Man City memang bersih.
Kalau esok lusa City didapati bersalah dan dihumban ke liga bawahan dia anggap itu kerana kelab itu dianiayai dan dia akan terus kekal bersama City.
“Itu soalan yang bagus. Saya sudah mengubah pendirian saya tentang 115 pertuduhan ke atas City.”
“Dan saya akan jawab apabila ada hukuman diputusukan. Apa yang pasti, pada masa ini, kami tak bersalah. Namun tunggu dan lihat sajalah. Jika kami dibuktikan bersalah, saya tahu orang mahukannya dan mahu saya buktikannya. Namun tunggu dan lihat, lepas tu kita akan datang dan berikan penjelasan.”
“Rasanya peluang lebih tinggi untuk saya terus kekal [sebab yakin kelab tak bersalah] berbanding memenangi UCL.”
🚨🔵 Guardiola: “I’ve not changed my view on the 115 charges against Man City”.
“Everton? Two completely different cases”.
“I know people are saying: why don't Man City go to the Conference?”.
“I feel that people want City to be punished. But at the moment we are innocent”. pic.twitter.com/HfyvU62eP5
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 24, 2023
“Cuba baca akhbar, 2 kes berbeza, tak sama, berbeza sama sekali, kes yang satu lagi lebih rumit, peguam dan kedua dua pihak bersuara.”
“Saya tak akan mempertimbangkan masa depan saya jika kami berada di League 1 sekalipun, saya lebih besar kemungkinan terus kekal di sini.”