Pep Guardiola pernah menganggap Kimmich sebagai pemain yang sangat istimewa pernah diuruskannya.
Kimmich pula sentiasa menganggap Guardiola sebagai pengurus paling penting dalam menaikkan kariernya.
Kini pemain senior Bayern Munich itu berpeluang untuk bergabung semula dengan Pep Guardiola di Man City.
Joshua Kimmich sebelum ini dikatakan gembira dengan Thomas Tuchel. Dan terbuka untuk menerima apa sahaja peranannya di kelab itu di bawah Tuchel.
Namun hubungan mereka mulai retak apabila pada Ogos lalu, Tuchel telah bersemuka dengan Kimmich setelah pemain itu tidak gembira seringkali disisihkan atau dikeluarkan awal.
Tuchel dikatakan berterus terang dengan Kimmich dengan menganggap pemain itu terlalu perlahan untuk bermain deep playmaker dalam pasukannya.
Kemudian Tuchel menganggap Kimmich lebih kepada pemain no.8 berbanding no.6. Sebenarnya perkara itu tertutup antara Kimmich dan Tuchel. Namun sekali lagi Uli Hoeness dengan perangai mulut tempayannya telah membocorkan perkara itu kepada media.
Kimmich ketika itu memang sudah panas hati dengan Tuchel. Siapa tidak kenal Bayern yang digelar FC Hollywood dan sarat dengan drama melibatkan pemain star mereka.
Kimmich kemudian tidak selesa dengan cara Tuchel melayan pemain senior sepertinya. Kerana di Bayern pemain seperti Kimmich dan pemain pemain senior lain menerima ‘special treatment’ daripada pengurus sebelum ini. Namun di bawah Tuchel layanan istimewa itu tidak wujud.
Kimmich juga kecewa kerana mendapat tahu Tuchel menjadikan pemain berkelas dunia di posisi no.6 sebagai sasaran utamanya dalam jendela perpindahan akan datang. Kimmich mulai terasa hati seolah olah dia bukan pemain yang bagus untuk posisi itu.
Joshua Kimmich is currently the symbol of the lost 'Mia san mia' feeling. The discussions around the player and the apparent lack of confidence in him from Tuchel, who's still looking for a new #6, have taken their toll on Kimmich. Kimmich, whose desire, winning mentality,… pic.twitter.com/ve4w4W0U8i
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) December 12, 2023
Tuchel dikatakan tidak melayan karenah si Kimmich yang mulai tidak sehaluan dengannya. Namun Tuchel masih menggunakan pemain itu sebagai no.6 di dalam pasukannya kerana kekurangan pilihan di posisi itu.
Kimmich dikatakan sudah memberitahu ejennya dia sedia berpindah selepas ini. Perkembangan terbaru ini menarik perhatian Guardiola yang bergelut dengan squad depth di bahagian tengah selepas kehilangan Ilkay Gundogan. Dan City meletakkan nama Kimmich sebagai sasaran utama mereka.
Kontrak semasa Kimmich dengan Bayern masih ada sehingga 2025.
-🚨 Manchester City eye Joshua Kimmich at the top of their transfer list. Kimmich who was originally happy at Munich has recently fallen out with Thomas Tuchel and is now searching for an agent to facilitate a potential move ahead of his contract expiring in 2025.… pic.twitter.com/yNAOCYc0Gj
— Football Talk (@FootballTalkHQ) December 16, 2023
Selain daripada Man City, Barcelona juga kekal berminat dengan Kimmich. Namun mereka hanya akan mendapatkan pemain itu secara percuma selepas kontraknya berakhir 2025.