Guardiola Pula Bidas Mourinho, Dan Minta Maaf Jika Buat Dia Koyak

Pep Guardiola membidas balik Jose Mourinho yang melabel dia sebagai menang tak clean.

Kedua dua pengurus  tiba tiba terlibat perang mulut sekali lagi setelah bertahun tahun tak melakukannya. Dan kedua duanya di dua liga berbeza.

Segalanya bermula apabila Guardiola mengakui ada persamaan antara isyarat sindiran dengan jari yang dia buat dengan yang pernah dilakukan Mourinho.

Cuma bezanya, Mourinho cuma menang 3 EPL sementara dia pula menang 6 EPL.

Guardiola dalam aksi di Anfield menunjukkan isyarat 6 jari ke arah penyokong Liverpool setelah penyokong di Anfield menyindirnya dengan lagu: ‘dipecat pagi esok’.

Guardiola kemudian menyebut tentang 6 gelaran EPL di sidang media dan menyebut 3 EPL milik Mourinho. Seolah olah dia mengajuk sidang media pengurus Portugal itu dahulu yang mengingatkan wartawan bahawa dia ada 3 EPL dan meminta semua pihak menghormatinya.

“3 EPL, please respect,” Kata Mourinho pada masa itu. Guardiola akui ada sedikit persamaan apa yang dia lakukan dengan Mourinho ketika menunjukkan isyarat jari. Cuma dia menang lebih banyak daripada Mourinho.

Ketika ditanya mengenai perbandingan dengan Mourinho, Guardiola memberitahu wartawan: “Saya harap bukan dalam kes saya… Dia menang tiga, saya menang enam.. tetapi kami agak ada persamaan. Kami sama dalam situasi itu. Untuk membuat peminat kami tahu bahawa kami jauh, jauh lebih baik daripada orang yang menyanyikan [lagu bahawa mereka akan dipecat].

“Ia [isyarat] hanya untuk mengigatkan peminat kami tentang apa yang telah kami lakukan adalah luar biasa bola sepak yang luar biasa. Dan saya mahu buktikan bahawa kami berada dalam kelab bola sepak yang sangat luar biasa, walaupun lambat laun ia akan ada penghukungnya [antara Guardiola dan Man City], tetapi saya akan cuba melanjutkan sebanyak mungkin usaha untuk melakukan yang terbaik untuk kelab saya.”

Mourinho benar benar bengang dengan Guardiola. Kerana menurutnya, walaupun dia hanya memenangi 3 EPL namun kesemua EPL dimenanginya dengan cara jujur dan bersih bukannya berdepan 115 pertuduhan.

“Guardiola berkata sesuatu tentang saya semalam. Dia memenangi enam trofi dan saya hanya memenangi tiga, tetapi saya menang dengan adil dan bersih. Jika saya kalah, saya ingin mengucapkan tahniah kepada lawan saya kerana dia lebih baik daripada saya.

“Saya tidak mahu menang dengan berdepan 150 tindakan undang-undang.”

Beberapa bulan lalu Mourinho menyatakan dia masih menunggu EPL mengesahkan secara rasmi bahawa dia adalah pemenang kejuaraan musim 2017/18. Dan dia menyatakan dia sudah lama tahu ada perkara tidak kena di sebelah lagi kelab Manchester.

Dan dia juga yakin bahawa klausa bonus kejuaraan EPL di  United masih lagi sah jika benar Man City dilucutkan kejuaraan kerana kesalahan PSR Liga Inggeris.

Terbaru Pep Guardiola mengingatkan Mourinho bahawa Man City kekal tidak bersalah selagi lagi tidak dibuktikan bersalah, kata pengurus City.

Guardiola berkata: “Saya nak cakap kepada Jose Mourinho bahawa kami adalah tidak bersalah sehinggalah kami dibuktikan bersalah.”

Guardiola kemudian meminta maaf jika dia telah membuatkan Mourinho koyak.

“Adakah saya pernah menyinggung dia? Maka saya nak minta maaf, namun itu cuma gurauan sahaja. Hakikatnya, Mourinho menang 3 Liga Perdana Inggeris dan saya menang enam. Ini adalah fakta,” tambah beliau lagi.