de bruyne

Guardiola Sahkan Kecederaan De Bruyne Serius, Akan Berehat 4 Bulan

Bintang Manchester City, Kevin De Bruyne akan berehat panjang pada awal musim ini selepas mengalami kecederaan yang disifatkan oleh Pep Guardiola sebagai serius.

Pemain itu boleh disahkan akan terlepas beraksi untuk baki tahun 2023. Dijangka akan kembali pada tahun hadapan

Pemain itu akan mengalami kecederaan di bahagian hamstring dan perlu untuk dibedah. Jika tidak ianya akan mendedahkan pemain itu kepada bahaya untuk menamatkan karier bola sepaknya lebih awal.

Pep Guardiola berkata: “Kevin mengalami kecederaan yang serius. Dia akan j

Ianya tamparan yang hebat buat Man City dalam usaha mereka memulakan kempen mempertahankan kejuaraan treble mereka.

De Bruyne merupakan nadi Man City pada setiap musim sejak menyertai kelab itu.

De Bruyne merupakan pemain yang paling banyak mencipta peluang gol sejak Pep Guardiola menjadi pengurus Manchester City pada 2016/17.

Statistik di atas membuktikan bahawa De Bruyne adalah pusat kreativiti untuk skuad Guardiola sejak bermusim musim lamanya.

Kini pemain itu dijangka akan berehat selama 4 bulan untuk pemulihan selepas pembedahan tersebut.

Man City memiliki pilihan agak terhad di bahagian tengah pada masa ini.

Kecederaan De Bruyne ini pastinya akan membuatkan Man City menguatkan lagi usaha mereka mahu mendapatkan Lucas Paqueta dari West Ham.

Tawaran £70 juta daripada Man City sebelum ini ditolak oleh West Ham yang meminta bidaan yang lebih tinggi selepas mereka berjaya menjual Declan Rice £105 juta ke Arsenal.