Pep Guardiola menyalakan penambahan masa tambahan yang terlalu banyak membuatkan Man City terlepas Perisai Komuniti Inggeris 2023/24.
Arsenal menyamakan kedudukan pada minit ke-101 masa kecederaan yang ditambah 8 minit.
Guardiola tidak berpuas hati bagaimana perlawanan itu boleh diberikan 8 minit masa kecederaan dan kemudian ditambah lagi 3 minit sehingga Arsenal mengheret perlawanan ke masa kecederaan dan menang menerusi penentuan penalti.
Guardiola berkata: “Pengadil melanjutkan masa untuk setiap gol yang anda jaringkan.”
“Jadi untuk perlawanan dengan jaringan 4-3 dan anda menambah 30 saat atau 45 saat untuk setiap gol, maka esok, pukul 9 pagi, ni ha saya masih bermain bola sepak.”
Sebenarnya Premier League sudah menyatakan bahawa mereka akan menggunakan kaedah seperti Piala Dunia 2022 lalu. Yang akan menyaksikan perlawanan dengan 100 minit akan menjadi biasa.
Guardiola berkata:
“Kita harus membiasakan diri dengan perlawanan 100 minit sekarang.”
Sambil menegaskan bahawa pengurus di EPL tidak diberikan taklimat dengan sebaiknya oleh Premier League atau PGMOL.
Guardiola not happy with the amount of added time. Also claims managers are not consulted enough about law changes. https://t.co/0bKN41EvWE
— Alex Crook ⚽️🎙 (@alex_crook) August 6, 2023
Menurut peraturan FIFA masa kecederaan adalah masa minimum untuk ditambah. Pengadil boleh melanjutkan lagi atas budi bicara namun tidak boleh mengurangkannya.
Pep Guardiola kemudian ditanya tentang komen beliau setelah Man City kalah dalam 3 Perisai Komuniti berturut turut.
Dia berkata: “Kami kalah Perisai Komuniti kerana kami juara Liga Perdana Inggeris.”