Guardiola Semakin Hilang Kepercayaan Kepada Jack Grealish Kerana Tiada Peningkatan?

Manchester City dilaporkan kurang gembira dengan prestasi semasa Jack Grealish. Pemain itu diletakkan di bangku simpanan ketika aksi final Piala FA.

Di mana Man City kalah dalam perlawanan itu. Pemain £100 juta itu juga tidak dimasukkan ketika Guardiola menukar pemainnya pada kedudukan 2-0 di belakang. Guardiola malah memasukkan Doku dan Julian Alvarez.

Ini bukan pertama kali Guardiola tidak terdesak menggunakan Grealish walaupun Man City memerlukan kebangkitan. Grealish hanya bermain 10 minit bulan lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu menggantikan Foden dalam kemenangan 5-1 ke atas Wolves. Di mana kedudukan sudah pun 4-1 ketika dia dibawa masuk. Dia tak bermain langsung menentang Fulham, Spurs, West Ham dan kemudian menentang United.

Berbeza sekali dengan musim lalu. Jack Grealish banyak diturunkan dan dibawa masuk. Dia menjadi pemain penting untuk kejayaan treble.

Kecederaan juga menjadi faktor yang mengganggu Jack Grealish. Dia mengalami kecederaan groin pada Januari dan terpaksa berehat sebulan. Selepas kembali dia bergelut untuk mendapatkan semula prestasinya.

Namun yang mengejutkan Grealish memulakan kedua dua perlawanan separuh akhir UCL menentang real Madrid dan bermain sangat baik. Walaupun mereka terikat secara agregat dan kalah dalam penentuan penalti. Dia turut beraksi dalam aksi separuh akhir menentang Chelsea pada Piala FA dan kemudian disisihkan.

Ada juga melihat dia meraikan kejayaan EPL Man City dengan berada di bar sehingga 5 pagi. Namun dia turut ditemani pemain lain seperti Haaland, De Bruyne dan Rodri.

Jika itu alasan dia tidak diturunkan selepas aksi berikutnya, kesemua pemain lain yang berada di kelab malam itu kembali diserap kepada skuad yang bermain.

Guardiola mengesahkan bahawa keraian sampai pagi itu tiada masalah untuknya. Kerana pemain diberikan cuti dan Guardiola malah berkata: “Kami meraikan kejayaan dengan sebaik mungkin,” kata pengurus itu menjawab soalan wartawan sama ada dia tidak gembira dengan pemain pemain seperti Grealish yang meraikannya dengan agak melampau.

“Mereka sudah kembali fokus,” tegas Guardiola. Jadi keraian kelab malam itu tiada masalah untuk Guardiola.

Jadi, Grealish benar benar bukan lagi pemain kesebelasan utama yang tetap dalam skuad City. Dia hanya menjaringkan 3 gol musim ini dan tidak menjaringkan sebarang gol sejak 16 Disember. Dia juga hanya mencetak 3 assist.

Secara keseluruhan cuma menjaringkan 14 gol dalam karier 3 tahun di City setakat ini.

Grealish yang seringkali menjadi pemain pilihan utama Gareth Southgate kini melihat peningkatan mendadak pemain pesaing di posisi serangan termasuk Phil Foden, Cole Palmer, Anthony Gordon, Jarrod Bowen dan Eberechi Eze.

Kini Grealish dan James Maddison yang digelar ‘Southgate Boys’ oleh peminat, berada dalam risiko tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Malah berisiko tidak menjadi pilihan kedua sekalipun.

Southgate dengan tegas mengeluarkan Rashford dan Henderson daripada skuad ke Euro. Namun ramai juga yang mempersoalkan bagaimana Jack Grealish boleh lolos masuk?

Grealish boleh menjadikan Euro 2024 untuk memenangi semula hati Guardiola yang jelas semakin hilang kepercayaan kepada pemain itu. Ianya bukan kerana gol semata mata, namun kerana kemerosotan sumbangan secara keseluruhan.

Musim lalu Guardiola seringkali mempertahankan Jack Grealish secara terbuka dan kerap menurunkan pemain itu sebagai bukti dia percayakan Grealish walaupun pemain itu tidak banyak menjaringkan gol. Namun dia cemerlang mengucar kacirkan lawan dan pressing.

Setiap kali Man City memerlukan gol penting, nama Grealish tidak lagi dalam senarai untuk Guardiola masukkan sebagai gamechanger.

Apa yang pasti Jack Grealish harus ingat, harga £100 juta padanya sentiasa bukan jaminan untuk dia berada di dalam skuad Pep Guardiola. Grealish dilihat agak santai dalam kariernya walaupun dia seorang yang sangat berbakat. Sudah tiba masanya untuk dia bekerja lebih keras atau melihat dia terus disisihkan daripada kesebelasan utama. Malah situasi lebih buruk mungkin dijual.