Guardiola Setuju Kontrak Baharu Di Man City Walaupun Kelab Berdepan 115 Pertuduhan

Pep Guardiola dilaporkan sudah setuju dengan kontrak baharu di Manchester City. Kontrak semasa Guardiola akan berakhir pada akhir musim ini.

Pengurus dari Sepanyol itu sebelum ini menyatakan dia tidak mahu terburu buru dalam menandatangani kontrak baharu. Dan tidak menolak sebarang kemungkinan.

Isu 115 pertuduhan ke atas Man City dikatakan memainkan faktor penting membuatkan Guardiola mengambil pendekatan lebih tenang.

Namun laporan oleh MEN sebelum ini mendedahkan jika kelab itu disabitkan dengan kesalahan, peratusan Guardiola untuk kekal lebih tinggi. Kerana dia mahu menunjukkan sokongan penuh kepada kelab yang dia percaya tidak melakukan sebarang kesalahan.

Walaupun perbicaraan kes tersebut tidak berlangsung lagi, Guardiola sudah dikatakan setuju untuk terus kekal. Dalam kontraknya tiada klausa berkaitan dengan klausa penyingkiran.

Kenapa dengan klausa penyingkiran? Hal ini kerana Man City sedang berdepan risiko disingkirkan ke divisyen bawahan jika didapati bersalah. Dengan adanya klausa penyingkiran, Guardiola boleh meninggalkan kelab itu, jika itu berlaku.

Tetapi The Guardian menyebut, klausa tersebut tidak wujud dalam kontrak baharu Guardiola. Membuktikan bahawa pengurus itu benar benar sayangkan Man City walaupun apa yang bakal terjadi.

Pep Guardiola sebelum ini dikatakan mungkin akan meninggalkan Man City selepas Pengarah Sukan yang paling banyak membantunya Txiki Begiristain. Begiristain dilaporkan mahu berehat panjang dan tidak pasti bila akan kembali semula.

Kini Pep sudah sedia untuk bekerjasama dengan Pengarah Sukan baharu Hugo Viana yang ditandatangani dari Sporting CP.

Guardiola menyertai Man City pada 2016 selepas karier gemilang bersama Barcelona dan Bayern. Dia mencapai banyak kejayaan bersama City terutama sekali UCL dan beberapa trofi EPL.