Pep Guardiola tidak berminat untuk meninggalkan Man City dalam masa terdekat kerana mahu menjadi pengurus pasukan kebangsaan England.
Terdapat laporan menyatakan bahawa Guardiola tidak melanjutkan kontrak di City kerana mahu menjadi pengurus England.
Pengurus itu berkata, dia akan bertugas seperti biasa berdasarkan kontrak semasa. Oleh itu Guardiola menyatakan bahawa laporan yang menyebut dia menolak tawaran kontrak baharu di City demi England adalah tidak tepat.
Guardiola juga menyatakan bahawa dia masih belum melanjutkan kontrak baharu di Man City. Namun sudah membayangkan dia sedia untuk terus kekal di kelab itu. Dan pada masa yang sama dia juga tidak memberikan jaminan akan terus kekal.
“Meninggalkan Manchester City [untuk England]? Berita itu tak benar. Saya masih belum buat sebarang keputusan lagi. Dan saya juga nak nafikan bahawa saya tak akan menjadi pengurus England seterusnya.
“Jika saya sudah membuat keputusan, saya akan cakap. Namun sekarang ini saya masih tidak pasti [sama ada akan lanjutkan kontrak di Man City]. Namun apa sahaja boleh berlaku,” kata beliau kepada media di Itali.
Ditanya sama ada dia berminat untuk kembali ke Itali sebagai pengurus. Kerana dahulu dia pernah bermain untuk AS Roma dan Brescia, Guardiola berseloroh berkata: “Kalau Roberto Baggio jadi pembantu saya, maka ya.”
Pep Guardiola dalam misi mempertahankan kejuaraan liga buat musim kelima berturut turut untuk melanjutkan lagi rekodnya di kelab itu.
Beberapa bulan lalu, Guardiola sudah membayangkan bahawa dia sedia melanjutkan kontrak lebih lama di City. Tetapi dia masih tenang dalam soal kontrak.
Kontrak semasa Pep Guardiola akan berakhir pada akhir musim ini. Sebelum ini City sudah sedia untuk kehilangan pengarah sukan mereka Txiki Bergistrain yang merupakan rakan baik serta gandingan terbaik Guardiola di City.
Sementara England kini dalam rundingan dengan Thomas Tuchel. Di mana pengurus asal Jerman itu pernah menolak tawaran England sebelum ini kerana mahu berehat. Kini dia sudah sedia kembali semula ke dunia pengurusan.