Guardiola Tamatkan Sendiri Perdebatan Siapa GOAT, Dia Atau Sir Alex Ferguson

Pep Guardiola telah menamatkan sendiri perdebatan siapakah pengurus terbaik di dalam sejarah Liga Inggeris sama ada dia atau Sir Alex Ferguson.

Guardiola sudah menyamai beberapa rekod Ferguson di EPL yang dianggap mustahil. Dia sudah memenangi EPL 3 kali berturut turut yang sebelum ini dipegang SAF. Malah Guardiola melakukannya 4 kali berturut turut.

Guardiola turut mencipta kejayaan treble seperti mana dilakukan Fergie. Ramai berpendapat Guardiola adalah pengurus terbaik sepanjang zaman di EPL berdasarkan kejayaannya bersama Man City.

Dia turut memenangi Liga Juara Juara Eropah bersama dengan Man City.

Namun begitu pengurus Sepanyol itu tidak mahu dibangdingkan dengan Sir Alex Ferguson. Dia malah melabel pengurus legenda Man United itu sebagai GOAT.

Wartawan: “Siapakah pengurus terbaik dalam Liga Inggeris?”

Guardiola: “Dalam liga di negara ini, dan di seluruh dunia, Sir Alex Ferguson adalah yang terbaik. Menjadi seorang pengurus yang menghampiri pencapaian Pengurus terbaik sepanjang zaman (GOAT) adalah satu penghormatan yang besar buat saya.”

Sir Alex Ferguson dalam sejarah kariernya berjaya membantu Man United memenangi 13 EPL. Menjadikan dia pengurus paling berjaya di dalam sejarah United dan sejarah EPL.

Sejak dia bersara Man United masih belum pernah merasa kejuaraan Liga Perdana Inggeris atau Liga Juara Juara Eropah.

Namun baru baru ini Man United memutuskan untuk memecatnya daripada jawatan Duta Global kelab yang membolehkan kelab menjimatkan €2.16 juta daripada akaun mereka.

Tindakan itu dibidas Eric Cantona yang menyatakan bahawa tindakan itu biadap.

“Untuk orang seperti Sir Alex Ferguson, selepas apa yang dia lakukan kepada kelab ini, dia berhak untuk pergi ke sana bila bila masa dia suka sampai dia meninggal dunia,” tegas legenda Perancis itu.

Guardiola pernah dikaitkan dengan Man United selepas persaraan Sir Alex Ferguson. Namun kelab itu memutuskan untuk mendapatkan David Moyes yang juga mendapat sokongan daripada Sir Alex.